Misteri Bunyi ‘Asmara’ Dari Lubang Sebatang Kayu Terungkap

Share This:

Misteri bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit akhirnya terungkap selepas ianya membawa penemuan seekor ular sawa betina bersaiz gergasi yang ketika itu leka mengawan.

Menurut sumber, mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia dengan berat melebihi 100 kilogram itu ditemui kira-kira pukul 4.45 petang oleh seorang pemburu di kawasan terbabit, selepas curiga dengan misteri suara kuat berkenaan.

Tertarik dengan bunyi jeritan itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejut melihat ular sawa gergasi sedang ‘berasmara’ dengan seekot ular sawa jantan yang lebih kecil saiznya.

“Saya amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sedang asyik mengawan iaitu sejenis sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya pula hanya seekor ular sawa jantan yang bersaiz agak kecil.

“Ia cukup luar biasa dan saya terus bergegas menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran ramai penduduk,” katanya ketika ditemui media petang Sabtu.

Bagaimanapun jelasnya, disebabkan saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya untuk membawa haiwan tersebut pulang ke rumah sebelum dia terpaksa meminta bantuan daripada beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘belah’ kayu balak itu untuk bawa keluar dua ular sawa berkenaan,” katanya. Tinsung berkata, ular sawa itu kemudian dibawa keluar dari kawasan belukar itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Ia dipamerkan kepada penduduk setempat sebelum bangkainya dilapah dan dagingnya dibahagikan sama rata kepada penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*