Liverpool Menang, Van Dijk Salah Masuk Bilik Persalinan

Share This:

LIVERPOOL bangkit daripada kekecewaan minggu lalu dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Southampton pada aksi awal pagi Isnin.

Dua jaringan di St Mary dirakam oleh Roberto Firmino dan Mo Salah.

Bekas pemain tuan rumah, Virgil van Dijk yang pertama kali kembali ke St. Mary selepas berpindah ke Anfield masih tidak melupakan kelabnya itu.

Ini kerana pemain Belanda itu dengan selamba berjalan masuk bilik persalinan Southampton.

Malah dia juga gagal keluar daripada bilik itu kerana terkunci.

Namun akhirnya dengan bantuan seseorang di situ, dia akhirnya dapat kembali ke skuad Liverpool.

Kemenangan ini menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu mara ke kedudukan ketiga liga dengan 54 mata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*