Lebih 400 Kilogram Ikan Air Masin Dinaikkan Di Hutan Melintang

Share This:

Lebih 400 kilogram ikan pelbagai spesis air masin berjaya dinaikkan selepas dipancing dalam program Pertandingan Memancing di Sungai Hutan Melintang, Sabtu lepas.

Elok penulis tulis berkaitan pertandingan itu yang pertama kali diadakan di sana dalam daerah Bagan Datuk hari ini kerana dengar cerita ia begitu meriah dan begitu mendapat sambutan di sana.

Pertandingan dianjurkan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dengan kerjasama Jabatan Perikanan.

Menurut beliau, program itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 150 orang nelayan yang mencari rezeki menggunakan bot-bot kecil.

Program yang menjadikan Sungai Hutan Melintang meriah itu diadakan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari. Bukan itu sahaja, pada sebelah malamnya, turut diadakan Jamuan Bersama Komuniti Nelayan Bersampan, pada pukul 8 malam.

Rata-rata pandangan dari pihak media, Ramesh gemar mengadakan aktiviti yang membawa bersama penglibatan rakyat yang jarang-jarang dilakukan dan meriah. Biasanya, pertandingan memancing diadakan untuk orang ramai yang kaki pancing, tapi dalam program itu, nelayan yang bersampan yang sememangnya kais pagi makan pagi,kais petang makan petang yang boleh menyertainya.

Menurut Ramesh kepada PRU14, pemenang dikira melalui hasil tangkapan terberat yang ditimbang. Pemenang pada pertandingan Sabtu lepas berjaya memancing ikan seberat 19 kilogram ikan pelbagai spesis dalam air masin.

Sebelah malamnya, dalam jamuan bersama komuniti nelayan, mereka turut disajikan dengan masakan ikan yang dipancing sepanjang pertandingan itu.

Juara pertandingan memancing membawa pulang RM1,000 manakala naib juara RM800 dan tempat ketiga, menerima hadiah wang tunai RM500.

“Ini adalah kali pertama pertandingan seperti ini yang melibatkan nelayan yang menggunakan sampan kecil diadakan pada hujung minggu lepas.

“Kita tidak menyangkan ia akan mendapat sambutan yang menggalakkan, dan pada masa jamuan, ia dihadiri oleh 400 orang menikmati hasil tangkapan ketika pertandingan itu,” katanya.

Sejak Ramesh yang juga presiden sebuah badan bukan kerajaan yang pro-Barisan Nasional bergerak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang, banyak program yang meriah diadakan untuk kepentingan rakyat, seperti sambutan perayaan Ponggal sebelum ini dan program isi minyak petrol secara percuma yang memberi manfaat kepada lebih 1,000 penunggang motosikal.

Sejak S Kesavan dari PKR menjadi ADUN di kawasan berkenaan selepas PRU12 dan PRU13, tidak ada program seumpama itu dijalankan di sana.

Ramesh yang sebelum ini banyak membuat kejutan dan menyerang pemimpin DAP dipercayai akan terus bergerak dengan lebih agresif menyelar strategi politik pembangkang khususnya DAP dan pada masa terus membantu orang ramai yang memerlukan di seluruh negara tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*