Gadis Menderita Kebuluran Diseksa Datuk

Share This:

>Sepuluh tahun tinggal bersama datuk dan dibiarkan kebuluran. Itu nasib yang menimpa seorang wanita dari Jepun.

 
Hanya dikenali sebagai Wild Cabbage di Twitter, dia tampil berani mendedahkan gambarnya yang kurus kering di media sosial.

 

Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan dilarang untuk makan dan akan ditendang di perut oleh datuknya jika ketahuan makan secara rahsia.
 
Makanan tersebut akan diludah atau dimuntahkan semula dan ini menyebabkan berat badannnya turun sehingga 16.7 kg.
 

Foto: Asiawire
Gambar-gambar yang diambil sedekad lalu menunjukkan badannya yang hanya tinggal kulit dan tulang.
 
Walau bagaimanapun menurut sumber, wanita berusia 20 tahun ini akhirnya pulih.
 
Doktor berkata, dia hanya 10 minit dari kematian ketika diselamatkan.
 

Wild Cabbage (kiri) pulih, Foto: Asiawire

Sementara itu, tiada laporan yang mendedahkan mengenai datuk atau saudara mara lain yang membantunya pada masa itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*