Ekspo Terengganu:Hadiah Wang Tunai Untuk Juara Litar Lumba

Share This:

Pada 25 Februari ini , koperasi permotoran Terengganu mengalu-alukan kepada yang berminat untuk menyertai pameran permotoran di tapak Ekspo Terengganu yang bakal berlangsung di perkarangan Stadium Gong Badak.

Pengerusi Koperasi Permotoran Terengganu, Mohd Yasin Awang berkata, bukan hanya pameran tetapi pelbagai aktiviti diadakan kepada golongan muda yang berminat untuk menyertai aktiviti permotoran yang bakal berlangsung 24 sehingga 25 Februari ini.

Katanya, ianya bagi memberi ruang kepada orang muda mencungkil bakat dan menjadikan sukan pemotoran sebagai aktiviti yang sihat serta menggalakan golongan ini berlumba di tempat sepatutnya.

“Pada 24 (Sabtu) Februari ini bermula pukul 9.00 malam sehingga 12.00 tengah malam kita adakan “FREE RUN” dan ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat dan tertakluk dengan syarat-syarat yang telah kita tetapkan.

“Dan pada 25 (Ahad) Februari 2018 pebagai acara permotoran melibatkan kereta dan motosikal akan berlangsung seawal 9.00 pagi sehingga awal pagi Isnin.

“Hadiah wang tunai serta piala disediakan bagi semua pemenang setiap kategori yang dipertandingkan sempena “Terengganu Drag Racing 2018” itu.

“Cabutan bertuah juga menanti pengunjung seperti rim, tayar, dan pelbagai lagi dan berkemungkinan sebuah motosikal akan menjadi milik anda,katanya ketika dihubungi oleh Terengganu.News semalam.

Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran bermula hari ini sehingga 20 Februari ini ataupun boleh hubungi Encik Rosli Hassan di talian 019-9848376 untuk sebarang pertanyaan.

Untuk rekod kerajaan negeri Terengganu telah membina litar lumba bertaraf antarabangsa di Gong Badak bermula pada Disember 2016 itu berkeluasan 2.4 hektar yang mengikut piawaian AAM dan siap pada awal Januari 2017.

Menurut sumber, litar tersebut dilengkapi dengan komponen utama seperti litar cup prix sepanjang 1.35 kilometer (km) sprint test 0.95 km, drift, tempat duduk penonton serta menara tinjau.

Bagi tempat duduk penonton ianya mampu memuatkan kapasiti seramai 1,500 orang dan perkarangan litar mampu menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran tersebut.

Sejak terbinanya litar lumba milik kerajaan negeri, matlamat MB Razif tercapai setelah berjaya menurunkan kadar aktiviti rempit di jalan raya oleh golongan muda ini.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*