DAP Pergunakan Gereja Macam PAS Pergunakan Masjid

Share This:

BUKAN lagi rahsia parti DAP menggunakan gereja dalam menghasut rakyat bencikan kerajaan sebagaimana parti PAS lakukan suatu ketika dahulu. Kini PAS tidak dapat lagi berbuat demikian memandangkan Raja-Raja Melayu menitahkan agar perkara tersebut tidak dilakukan oleh mana-mana pihak.

Pihak gereja dilihat mula melatah dan salah faham terhadap teguran yang dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Sri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pihak gereja termasuk semua rumah ibadat seperti masjid, tokong dan kuil juga agar jangan menyebarkan dakyah yang tidak benar.

Mereka sepatutnya tidak melatah bila ada menteri menegur mereka seolah-olah mereka kebal dari sebarang teguran sedangkan masjid sendiri pun berlapang dada dengan sebarang teguran.

Mungkin gereja melatah kerana tidak mahu tembelang mereka terbongkar sekali gus menyebabkan mereka bersatu hati menyerang pihak yang menegur. Mereka seolah-olah mahu menunjukkan kuasa dan pengaruh mereka dalam politik.

Jika dibuat kajian dan penelitian ke atas gereja memang jelas pembabitan mereka dalam politik kepartian termasuk membuat pembohongan. Bukti aktiviti begini dikatakan memang wujud. Malah bukti sebahagian mereka mahu menegakkan politik secara yang dikehendaki oleh ajaran mereka pun banyak diperolehi.

Diantara aktiviti gereja berbaur politik seperti Johor for Jesus, KL for Jesus atau Subang for Jesus dan sebagainya yang menunjukkan matlamat mereka lebih dari sekadar untuk keagamaan.

Perkara tersebut dibukukan oleh Ian Buchanan dalam dua bukunya, ‘Armies of God’ dan ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’, yang tidak berani dipatahkan oleh pihak Kristian dan Gereja sekaligus membenarkan apa yang terkandung dalam dua buku Ian Buchanan ini.

Mungkinkah persatuan gereja sengaja menutup mata dengan anasir radikal evangelis di kalangan mereka? Tidak mustahil mereka sebenarnya bersekongkol sama dengan aktiviti menggunakan gereja untuk menyebarkan politik DAP.

Penglibatan pihak Kristian dan gereja dalam politik ini dikatakan telah diakui oleh mereka sendiri dalam media sosial malah dalam bentuk buku juga selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Menurut penganalisis politik, dengan pertambahan bilangan pemimpin politik Kristian dalam parti politik maka sudah tentulah mereka mendapat sokongan dari gereja untuk mengejar kuasa.

Oleh itu, menteri sepatutnya bertegas bila berdepan dengan gereja dan tidak sesekali tunduk dengan mereka. Perbuatan tersebut seolah-olah menghasut rakyat Malaysia dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan yang menjaga rakyat dengan baik selama ini.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*