Amah Dipaksa Tidur Di Luar Dengan Anjing, Dilapor Meninggal Dunia

Share This:

Kecoh perihal pembantu rumah warga Indonesia yang didera majikannya di Bukit Mertajam sehari dua ini.

 
Terbaru, Astro Awani melaporkan amah tersebut sudah meninggal dunia. 
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang mengesahkan perkara tersebut berkata mangsa meninggal dunia jam 4.30 petang semalam di Hospital Bukit Mertajam. 
 
Sebelum ini, laporan menyatakan mangsa dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
 
Nik Ros Azhan sebelum ini berkata pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki.

 

Ekoran kejadian itu, polis menahan pasangan adik-beradik berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa kira-kira jam 8.05 malam Sabtu.
 

Kedua-dua suspek yang tinggal bersama ibu mereka yang berusia 60 tahun direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*