Adakah Pisang Goreng Mampu Kekalkan Nurul Izzah Di Lembah Pantai?

Share This:

Nurul Izzah Anwar secara tiba-tiba membuat kejutan apabila beliau hadir mengedarkan roti dan sayur di kawasan parlimennya setelah sekian lama menyepi.

Acara pengedaran pisang goreng percuma anjuran Wanita Keadilan Lembah Pantai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pula diadakan di kawasan perumahan tersebut baru-baru ini seperti sudah menjadi acara wajib menjelang pilihan raya yang semakin hampir.

Bagaiamanpun, ia dinafikan Ketua Wanita Keadilan Lembah Pantai Azura Ibrahim yang menyatakan acara itu bukan diadakan kerana pilihan raya yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Walaupun tinggal di Segambut yang hanya beberapa kilometer dari Lembah Pantai, Naib Presiden PKR itu dikatakan tidak turun membela 35 penduduk Kampung Kerinchi yang teraniaya hasil daripada hasutan politiknya untuk tidak menjual kediaman bagi pembangunan semula flat kediaman usang kawasan berkenaan.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR terpalit malu sebelum ini apabila usaha menghasut 34 penghuni di Flat Empat Tingkat Kerinchi bagi memburukkan imej kerajaan dibalas dengan pembangunan projek perumahan lebih selesa sebelum ini.

Beliau mula menjadi wakil rakyat parlimen Lembah Pantai semenjak 2009 selepas mengalahkan penyandang kawasan tersebut yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Anak Anwar Ibrahim itu menang sekali lagi pada 2013 mengalahkan bekas Menteri Wilayah Persektuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin menerusi kempen fitnah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara.

Namun, setelah perkara tersebut dibawa ke mahkamah setahun kemudian, akhirnya kenyataan Nurul Izzah adalah fitnah dan beliau meminta maaf kerana menjejaskan reputasi Nong Chik.

Pada December tahun lepas,Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil juga berkata Nurul Izzah takut untuk bertanding di Lembah Pantai kerana Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang melakukan kerja-kerja Nurul Izzah yang gagal memberikan khidmat pada rakyat yang mengundi beliau.

Apabila ditanya sebelum ini adakah beliau akan mempertahankan kerusi, beliau berkata akan menyerahkan keputusan untuk bertanding di kawasan lain sekiranya ada arahan daripada parti.

Sebelum ini pun beliau dikatakan tidak mempedulikan pengundi lembah pantai . Nurul Izzah seolah-olah lebih mengutamakan parti yang dilihat lebih penting daripada pengundi-pengundi di Lembah Pantai sendiri.

Persoalannya, adakah cukup dengan hanya memberi pisang goreng maka Nurul Izzah boleh meraih sokongan pengundi Lembah Pantai yang diabaikan dan adakah Pisang Goreng juga mampu mengekalkan beliau di Lembah Pantai?

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*