Adakah Sofi Jikan Kambing Hitam Farid Kamil?

Share This:


Sekali lagi Datuk Farid Kamil terpalit dengan kontroversi selepas kes tampar polis dan ditahan disyaki berada di bawah pengaruh dadah selepas ujian air kencing dijalankan terhadapnya.

Kini Sofi Jikan pula ditahan pada Selasa lalu, pukul 11 malam ketika hadir untuk memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Ramai netizen mempersoalkan tindakan Datuk Farid Kamil yang memberi tanda suka (like) pada foto dan video di laman Instagram Sofi Jikan.

Tambahan pula, tanda suka itu dibuat khusus pada foto dan video ketika Sofi dikenakan perintah remah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, 7 Februari lalu.

Adik Sofi turut memuat naik status.

“Di mana ada usaha di situ ada jalan, pada saat ini baru wa tau sapa kawan sapa lawan,” tulis adik Sofi, @shaifuljikan sambil disertai #kasisengat #mahkamah #mahkamahpetalingjaya.

Bahkan, ada juga netizen yang mempersoalkan sebab sebenar Farid membuat laporan polis ke atas rakan baiknya itu.

___tuanfitri60___ aku x phm la…masa dato tu kene tahan,bro sufijikan siap dtg mhkamah,bg sokongn moral…siap dtg berkod walaupun cuaca panas…kasi support dato tu…la ni bro sufi kene plk dgn dato tu..???…giler!

kerryhazrul689 Mamat tue siap boleh like lagi

clrets Yg pelik nye yg suke petik2 name tu like status ni!!

Adakah Sofi Jikan cuba menjadi ‘kambing hitam’ Datuk Farid Kamil?

Bagaimanapun, Farid tidak menjawab mahupun memberi sebarang reaksi mengenai tindakannya itu.

Terdahulu, Sofi adalah antara individu penting yang membela Farid ketika ditahan reman pada 16 januari lalu.

Malah, sepanjang penahanan Farid, Sofi juga merupakan turut menyatakan sokongan secara terbuka kepada Farid.

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*