Terengganu: Pembangkang Tolak Calon Dari Bekas Ahli UMNO

Share This:

Bukan setakat Negeri Sembilan dan hampir keseluruhan negeri-negeri lain di Malaysia kecoh berkenaan pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang, kini Terengganu juga menghadapi masalah yang sama bahkan lebih teruk.

Tidak sampai enam bulan pembentukan pakatan antara parti-parti pembangkang atas nama Pakatan Harapan dan mutakhir nampak sangat jelas, sukarnya mencapai kesepakatan antara parti-parti tersebut terutama dari PPBM yang diterajui Mahathir.

Sebagai parti baharu yang menyertai pakatan pembangkang, PAN dan PKR telah menunjukkan betapa tidak adil PPBM diberi keistimewaan yang terlalu banyak. Bukan sahaja calon Perdana Menteri pakatan pembangkang datangnya dari PPBM tetapi kerusi di seluruh negeri juga nampaknya PPBM ingin kuasai.

Di Terengganu, menurut sumber dalaman parti, Raja Baharin dilihat kerap menyisihkan PPBM di dalam mana-mana majlis yang beliau anjurkan terutama mesyuarat yang melibatkan pembahagian kerusi DUN dan juga Parlimen. Sebagai Pengerusi pakatan pembangkang, beliau dikatakan menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan terhadap jumlah kerusi bagi setiap parti di blok pembangkang.

Tambah sumber lagi, pakatan pembangkang di Terengganu dikatakan menetapkan hanya calon “fresh” sahaja yang bakal dipertaruhkan di PRU ke 14 nanti. Fresh di dalam ertikata, ianya bukan dari bekas ahli UMNO. Sumber dalaman bilik gerakan pakatan rakyat mendakwa bekas ahli UMNO terdedah kepada risiko lompat parti sekiranya pembangkang menang di Terengganu.

Mungkin Datuk Razali Idris yang juga pengerusi PPBM Terengganu juga tidak tersenarai kerana dikatakan mempunyai rekod ‘menyimpan’ peruntukan PRU ketika pilihanraya umum yang lalu. Sehingga kini Datuk Razali tidak menafikan dan menjelaskan kedudukan kewangan beliau yang dikatakan hidup mewah selepas PRU ke 13. Apa kerja beliau selain menjadi ceo sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang akhirnya mengalami kerugian satu ketika dahulu?

Raja Baharin dilihat begitu tegas di dalam soal integriti calon bekas UMNO.

  • pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*