Parti Bunga Tidak Mampu Uruskan Pentadbiran Negara

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada rakyat tentang kegagalan parti bunga yang diketuai Pengerusinya, Mahathir Mohamad mentadbir urusan partinya sendiri. Bagaimana hendak uruskan negara jika urusan penting melibatkan parti sendiri gagal.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO berkata pentadbiran UMNO mempunyai tertibny sendiri seperti mengadakan Mesyuarat Bahagian dibuat selepas selesai mesyuarat cawangan, tapi bagi parti PPBM, bukan begitu ceritanya.

Menurut beliau, parti itu cuba meniru Perlembagaan UMNO, tapi percubaan itu gagal apabila parti itu tidak diuruskan dengan baik menyebabkan ahli akan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan parti.

“Macam mana nak tadbir negara sendiri kalau parti tidak diurus baik, jangan cakap mengenai perubahan (negara) jika kestabilan (negara) pun masih tidak tentu (di bawah pentadbiran pembangkang).

“Jika tiada kestabilan negara bagaimana projek seperti HSR (Kereta Api Laju) dapat dilaksana untuk rakyat, bukan setakat HSR, lampu jalan pun tak mampu buat,” katanya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Pimpinan Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, di Muar, Johor hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Najib berkata ‘parti bunga’ itu tidak sepatutnya menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atas segala permasalahan dihadapi parti itu.

“Sebelum ini ROS telah meluluskan pemilihan semula DAP…ini bermakna mereka (parti bunga) tidak mampu mematuhi perlembagaan mereka sendiri,” katanya.

Lebih parah lagi, biar pun parti sendiri gagal, Pengerusi parti bunga memasang angan-angan hendak jadi Perdana Menteri untuk pakatan pembangkang sekiranya pakatan itu menang dalam PRU14 nanti. Mahathir dinamakan sebagai calon Perdana Menteri pembangkang sebagai Perdana Menteri sementara sebelum memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*