Bagaimana Projek Boleh Siap Kalau Modal Konsortium Tidak Cukup?

Share This:

Sesekali di hujung minggu, ada eloknya penulis ingatkan orang ramai berkenaan skandal terowong dasar laut di Pulau Pinang yang menyebabkan sudah beberapa orang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu sahaja perkara yang penting dalam apa-apa projek mega iaitu dana. Bagaimana satu projek yang besar boleh disiapkan jika kontraktor utama projek berkenaan tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membiayainya.

Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar yang mempersoalkan perkara itu. Bagaimana jika konsortium Zenith tidak ada modal yang cukup.

Beliau mempersoalkan, jika konsortium tiada kekuatan kewangan, apakah masih ada jaminan projek akan dapat dilaksanakan dengan sempurna hingga siap sepenuhnya.

“Kerajaan negeri hanya mampu menjanjikan tanah tambakan laut sebagai bayaran kepada kontraktor/konsortium dan pemberian milikan tanah sebagai bayaran yang akan dibuat bila mana projek siap.

“Ini bermakna, kontraktor utama iaitu Konsortium Zenith perlu ada modal yang cukup untuk laksana projek sebelum dapat bayaran daripada Kerajaan Negeri.

“Persoalannya, adakah Zenith mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan projek itu selepas dua syarikat pelaburan China menarik diri,” katanya seperti dipetik portal Umno Online.

Namun tambah Azizi, perkara ini seperti tidak penting dan tidak membawa makna kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apa yang lebih penting adalah kekuatan kewangan atau modal berbayar syarikat kontraktor utama yang sebenarnya adalah hanya sub kontraktor kepada Konsortium.

“Dalam kes projek mega billion ringgit terowong dasar laut Pulau Pinang, pemilik projek adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Konsortium Zenith-BUCG adalah kontraktor utama dan lain-lain syarikat pembinaan termasuk China Railway Construction Corporation Limited (CRCC) yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan adalah sub-kontraktor kepada Zenith-BUCG, bukan kontraktor utama.

“CRCC tidak menandatangani perjanjian atau kontrak dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. CRCC hanya tandatangan ‘Acknowledgement of Commitment’ dengan konsortium.

“Jadi, bagaimana projek ini mahu diteruskan dengan sumber kewangan yang tidak kukuh?” katanya.

Untuk rekod, projek terowong dasar laut di Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi, antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Pada 11 Januari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengatakan tiada sebarang bayaran diberikan kepada pihak kontraktor dalam projek kontroversi terowong dasar laut RM6.34 bilion tetapi mungkin dia lupa iaitu pada 19 Mei 2017, Exco Pulau Pinang Lim Hock Seng ketika menjawab di dalam Sidang DUN berkata, RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan.

Pada 4 Mac 2013 pula, kerajaan Dap Pulau Pinang menafikan bahawa syarikat Konsortium Zenith BUCG yang dianugerahkan projek tersebut tidak bermodal – Untuk melaksanakan projek mega itu.

Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-

Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan

Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV).

Namun selepas empat tahun, SPV berkenaan masih belum melengkapkan laporan RM305 juta dan masih belum memulakan kerja pembinaan.

Laporan kebolehlaksanaan projek tersebut yang sepatutnya sudah siap masih tidak nampak bayang walaupun beratus-ratus juta telah dibayar kepada pihak kontraktor.

Kini, syarikat dari China, China Railway Construction Corporation Ltd. telah menarik diri dari projek ini dan ia diganti dengan syarikat fesyen bernama Voir, dengan saham sebanyak 13.21% turut terlibat di dalam konsortium baru ini. 38.9% sahamnya juga dimiliki di bawah nominasi yang dipegang oleh Kenanga Nominees.

Jumlah modal berbayar syarikat pemegang sahamnya sekarang berkurang menjadi RM70.5 juta berbanding RM4.5 bilion, 4 tahun lepas. *Jumlah ini juga adalah lebih rendah dari minima (RM 381 juta) jumlah modal yang telah ditetapkan sendiri oleh Kerajaan ke atas pembida-pembida semasa proses RFP.*

RM70.5 juta nilai modal berbayar ini juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah RM220 juta yang telah dibayar oleh kerajaan Dap Pulau Pinang sebagai sebahagian bayaran untuk laporan RM305 juta.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*