Tidak Layak Terima Mahar, Saya Tak Berhijab – Betty

Share This:

Pelakon Betty Rahmad mengakui tidak pernah kisah akan soal jodohnya, mungkin terlalu selesa dengan kehidupan sendiri, pelakon popular.

Menurut sumber, perkara itu diakui oleh selebriti berusia 36 tahun ini sambil berkongsi mengenai video perkahwinannya di laman Instagramnya (IG).

“Bismillahirrahmanirrahim. Perkahwinan tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Bukan tak percaya. Mungkin terlalu selesa hidup sendiri dan dengan keluarga.

“No fairytales wedding, no dream wedding dress, no feeling princess, no kek 15 tingkat. Tak pernah berangan,” tulisnya.

Bagaimanapun, pendirian adik bongsu Erma Fatima dan Umie Aida ini dikatakan berubah selepas mengalami masalah dalam hubungan cintanya bersama Ardy Damis, 31.

Malah, pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini tidak putus-putus memohon petunjuk dari ALLAH SWT.

“Pendirian saya berubah sekelip mata bila kali terakhir kami putus dan saya solat Istikharah dan doa saya ‘Ya ALLAH, kalau dia bukan jodoh aku, tolong jauhkan dia dari hidup aku dan tenangkan hati aku’ (sebab dah penat couple break couple break).

“Tapi dengan kuasa-Nya, makin hari makin rindu, makin rasa perlu, incomplete, serba tak kena dan terdetik setiap kesilapan dan kekurangan diri saya.

“Lepas tu saya jumpa dan minta maaf kat dia buat pertama kali sepanjang empat tahun bercinta. Ego and hati kering, dua bulan selepas itu saya dilamar and I said YES!.. (dulu keje I buat pekak bila dia nak cakap pasal kahwin),” tulisnya.

Betty dan Ardy dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.

Bukan itu sahaja, pelakon drama bersiri Ammara Batrisya ini turut meluahkan rasa syukur di atas sikap dan kesabaran suaminya melayan karenahnya, selama ini.

“Thank you @ardydamis, tak pernah give up dengan I. Banyak bersabar dengan I (I pun banyak sabar dengan U tau).

“I just love the new version of you after you khatam Al-Quran. Totally opposite dari Damis yang dulu. Dan syukur tak pernah sekali pun U mengeluh atau merungut dengan permintaan ‘hantaran’ itu.

“Memang saya tidak berhijab, tidak layak terima ‘mahar’ itu seperti yang dipertikaikan. Tapi saya yakin saya perlu ketua keluarga yang boleh membimbing saya untuk jadi lebih baik,” tulisnya.

Pada masa sama, Betty turut berterima kasih kepada semua ahli keluarganya kerana banyak membantunya.

“Terima kasih @ermafatima untuk permintaan ini dan keluarga kerana tidak pernah mendidik saya memilih pasangan hidup berdasarkan pangkat, darjat ataupun harta.

“Usaha dan cinta itu lebih bernilai dari wang ringgit. Together we will grow stronger and better my suami. Insya-ALLAH.

Jangan berhenti doakan kami. Love you husband @ardydamis,” tulisnya sambil disertai #bettyanddamis.

Sebelum ini, Erma dikatakan tidak meminta hantaran wang tunai malah dia cuma meminta senaskah Al-Quran dan harus dikhatamkan oleh Damis. Suami kepada Betty ini mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk melaksanakan hajat pengarah terkenal tersebut.

Ini lah yang dikatakan persiapan dan tanggungjawab sebagai suami. Rata-rata status ini telah memberi inspirasi dan disokong oleh netizen.

Bagaimanapun, tahniah pada Betty. Semoga Betty dan pasangan kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayatnya.

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*