Tiada Lagi Reformasi Bila Mahathir Pijak Maruah PKR

Share This:

Pembangkang sejak dahulu lagi telah menggunakan prnsip-prinsip yang menjadi slogan terhadap agenda mereka bukan untuk dilaksanakan  sebenarnya. Tetapi prinsip-prinsip yang digunakan hanya digunakan untuk membakar naluri semata mata.

Penyokong  digunakan untuk menjalankan agenda dan mengerakkan  harapan atau imiginasi yang cerah tetapi amat kabur untuk dilaksanakan. Perkara ini bukan baharu dalam dunia politik pembangkang. Ianya telah lama diteruskan dan menjadi amalan untuk mempergunakan penyokong.

Imaginasi dan emosi penyokong dipermainkan dan dibakar agar mereka menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan pada bila-bila  masa setelah agenda untuk berkuasa itu tercapai. Kepercayaan dan harapan mereka kepada janji yang ditaburkan sudah pastinya akan  dihampakan.

Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh Pakatan  dikalangan PKR, PAN adalah  apabila mereka berpakat untuk mengembalikan Mahathir untuk menjawat kedudukan perdana menteri semula sekiranya Pakatan menang dalam pilihan umum ini.

Kesepakatan ini  sememangnya telah membunuh dasar reformasi  PKR yang mana satu ketika dahulu menentang kezaliman Mahathir sewaktu pemerintahannya dan pada masa yang sama ianya amat menguntungkan DAP yang mana  sememangnya mahu melihat perpecahan dikalangan orang Melayu terus berlaku.

Menobatkan Mahathir sebagai calon pilihan Perdana Menteri pakatan diketuai DAP sekali gus diumpamakan  memberikan sebilah pisau ditangan kanannya dan  hanya menunggu tukul dan sabit sahaja diberikan pada tangan sebelah lagi.

Sejarah telah melihat bagaimana jari kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela.

Mahathir kini berada dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelan bulat-bulatnya walaupun sebilangan besar dari penyokong PKR terpaksa menelannya walaupun pahit.

Sekali gus tindakan ini telah “mentalkinkan” Anwar Ibrahim yang  satu ketika dahulu  melancarkan reformasi terhadap kezaliman Mahathir kini sudah berkubur sama sekali. Hanya satu jalan sahaja yang membolehkan Anwar berkuasa semula walaupun sebagai boneka DAP iaitu dengan membunuh karier politik Mahathir.

PPBM ditubuhkan hanya untuk menjadi pelengkap agenda peribadi Mahathir semata mata,Muhyiddin juga demikian, Semua ini hanya retorik politik semata mata dimana tiada ada satu pun agenda yang tercatat dalam PPBM yang mana akan  membela nasib rakyat.

Mahathir saorang yang tidak mahu berada dibawah arahan sesiapa sekali pun. Dalam erti kata yang lain Mahathir hanya mahukan  No 1 itu  berada ditangannya dan bukan ditangan orang lain. Mahathir mahu setiap perkataan yang dikleuarkan oleh nya akan menjadi kenyataan.

Setelah Anwar ditalkinkan oleh Mahathir, peranan Muhyidin Yasin pula ditalkinkan oleh Mahathir dimana apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti.

Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti.

Ajaib bukan, tetapi itulah Mahathir yang tiada mempedulikan apa juga  kata orang lain, tetapi tetap angkuh dengan tindakannya. Akhirnya dimanakah maruah PKR dan DAP yang mana satu ketika dahulu amat menentang Mahathirisme dan kini memeluk erat Mahathir.

Jelas sekali bahawa DAP dan PKR telah mengadaikan maruah mereka dalam perjuangan. Dan paling ketara sekali ialah PKR yang mana ketika ini tiada siapa yang berani bersuara ketika Mahathir mencantas Anwar Ibrahim sebagai calun Perdana Menteri.

Maka, Inilah prinsip perjuangan pemimpin Reformasi dan Malaysian Malaysia rupa-rupanya ! Maka kita tidak kedengaran laungan Reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini. Bagi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah ditipu selama berdekad oleh Mahathir. Masih tidak serik lagi?

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*