Rodriguez Tak Mengaku Rasis Dengan Gaetan Bong

Share This:

PENYERANG West Bromwich Albion, Jay Rodriguez didakwa oleh Persekutuan Bola Sepak (FA) pada Khamis susulan dakwaan dia telah bersikap perkauman terhadap pemain pertahanan Brighton and Hove Albion, Gaetan Bong semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris bulan lalu.

Insiden itu berlaku pada 13 Januari lalu.

Kenyataan FA berbunyi: “Dia didakwa menggunakan kata-kata kesat termasuk yang bersifat perkauman, merujuk kepada etnik atau warna atau bangsa seseorang.”

Rodriguez hanya ada sehingga 16 Februari ini untuk memberikan maklum balas.

Bagaimanapun, pemain itu menafikan dakwaan itu menerusi laman sosial dan berkata: “Saya betul-betul ‘hancur’ dan tidak percaya situasi yang dihadapi sekarang.”

“Saya 100 peratus menafikan dakwaan palsu dan akan mendapatkan nasihat guaman untuk membuktikannya.” – Eurosport

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*