Polis Panggil Taj Innuendo, Firdaus Tampil Serah Diri

Share This:

Setelah pelakon Sofi Jikan ditahan, kini polis meminta dua lagi rakan artis yang didakwa memasukkan dadah di dalam minuman Farid Kamil agar tampil menyerah diri.

Merujuk kepada perkara berkenaan, salah seorang bekas penyanyi kumpulan Innuendo iaitu Ahmad Tajuddin atau Taj (paling kanan dalam gambar) dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Firdaus diminta tampil untuk membantu siasatan.

Menurut laporan mStar Online, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menyatakan bahawa salah seorang daripada nama tersebut kini dipercayai berada di Johor Bahru.

Rabu lalu, Sofi Jikan telah ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*