Parti Satu Kerusi Sudah Kena Buli Dalam Pembangkang

Share This:

Parti satu kerusi seolah-olah sudah kena buli dalam kalangan parti pembangkang itu sendiri apabila mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Selangor mengenai kerusi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), baru-baru ini gagal membuat sebarang keputusan membabitkan 12 kerusi berikutan pertindihan tuntutan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut sumber, Ketua Penerangan PPBM negeri, Sallehuddin Amiruddin berkata, PPBM memohon 12 kerusi milik Barisan Nasional (BN) untuk diletakkan calon mereka tetapi pada masa yang sama, PKR juga turut berhasrat meletakkan calon mereka di semua kerusi terbabit.

Bagaimanapun, PPBM tidak mahu mengalah apabila mereka mahu menetapkan semua 12 kerusi tersebut.

Mereka menyerahkan kepada Pengerusi Pilihan Raya PH, Dr Xavier Jayakumar untuk membuat keputusan.

Menurut sumber mengatakan, perebutan kerusi berlaku apabila PPBM dikatakan tidak akan bertolak ansur atau memberi kerusi yang dipohon kepada PKR malah mempertahankan permohonan berkenaan.

Bagaimanapun, PPBM tidak mahu mengurangkan kerusi malah menerima kerusi jika diberi.Manakala baki sebanyak 20 lagi kerusi DUN akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Sebelum ini, konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan di Kingdom City, Seremban bulan lepas kecoh apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah di Pulau Pinang juga dikatakan masih tidak selesai apabila masing-masing mahu berebut kerusi.

Justeru, apa yang dilihat, PPBM seperti diperlekehkan dalam Pakatan Harapan walaupun piliharaya belum diadakan lagi, seolah-olah parti pembangkang lain tidak yakin dengan parti itu.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*