Lelaki Tua Kemaruk Onani Di Tempat Awam

Share This:

Menakutkan bila dikatakan seorang lelaki tua sering mengambil gambar wanita untuk dijadikan bahan pemuas nafsunya.

Memetik laporan Astro Awani, lelaki terbabit juga menjadikan sebuah pasaraya di Ipoh, sebagai ‘port’ melepaskan ketagihan sehingga aksinya dirakam dan menjadi viral di laman Facebook.

Gambar dan perbuatan lelaki itu dimuat naik oleh saksi pada status Facebook, 4 Februari lalu.

Difahamkan, lelaki itu mendekati dan beronani di belakang mangsa yang sedang melihat persembahan di ruang legar di sebuah pasar raya.

Malahan, dalam satu entrinya, saksi mendakwa berjaya menghubungi mangsa dan memaklumkan kejadian terbabit.

Susulan itu,  mangsa melakukan laporan polis pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan kepada Astro Awani.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*