Kes Indira Ghandi: Taraf Mahkamah Syariah Menjadi Lebih Rendah Dari Mahkamah Sivil -Tun Ahmad Fairuz

Share This:

Dalam kes M Indira Gandhi, Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz, baru-baru ini melahirkan rasa kesal dan kecewanya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan apabila bagi beliau ia menyebabkan taraf Mahkamah Syariah menjadi lebih rendah dari Mahkamah Sivil.

Menurut sumber, dalam Sidang Meja Bulat UMMAH: ‘Kesan Kes Indira Gandhi Ke Atas Perundangan’ bertempat di sebuah hotel di ibukota semalam, Tun Ahmad Fairuz berkata, “Kesan keputusan kes Indira Gandhi itu menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah tidak akan bisa mencapai taraf yang sama dengan Mahkamah Sivil kerana dalam keputusannya itu, Mahkamah Syariah adalah sama dengan Mahkamah Majistret.”

Tambahnya lagi, “Selagi mana keputusan Indira Gandhi ini menjadi undang-undang dalam negara kita, selagi itu Mahkamah Syariah tidak bisa mencapai tahap yang diperolehi sekarang ini oleh Mahkamah-Mahkamah Sivil. Itu suatu dikesali.”

Tun Ahmad Fairuz juga menegaskan bahawa taraf Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebenarnya berada pada tahap yang sama.

Sewaktu penghakiman kes M Indira Gandhi baru-baru ini, peguam-peguam yang mewakilinya mendakwa bahawa Mahkamah Syariah hanyalah tribunal rendah yang diwujudkan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Mahkamah Sivil seperti Mahkamah Tinggi berhak campur tangan dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah apabila ia melibatkan undang-undang pentadbiran.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*