Inilah Nikmat Apabila Memilih Untuk Menjadi Pengkhianat

Share This:

Untuk kali kedua, Tun Dr Mahathir terpaksa memulangkan pingat ke istana. Menariknya, kali pertama dia berbuat demikian adalah pada bulan lalu apabila dia bertindak memulangkan darjah kebesaran Paduka Sultan Selangor disebabkan enggan meminta maaf berhubung isu Bugis.

Kali ini, pihak Istana Kelantan pula meminta Mahathir memulangkan darjah kebesaran milik kerajaan negeri. Sebelum itu, dua orang pemimpin PAN Kelantan iaitu Husam Musa dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah terpaksa memulangkan pingat yang membawa gelaran Datuk yang mereka terima tanpa sebarang alasan dikemukakan oleh pihak istana.

Sudah menjadi resam, setiap yang dikurniakan, sekiranya si pemakai tidak menepati kreteria yang sepatutnya ataupun tindak tanduk mereka yang mengundang murka, istana mempunyai hak untuk menuntut semula pingat yang dikurniakan sekiranya pihak istana mendapati penerimanya sudah hilang kelayakan.

Sebenarnya, apa yang berlaku terhadap Mahathir, Husam dan Wan Abdul Rahim ini bukan satu perkara yang mengejutkan. Selama beberapa tahun kebelakangan ini, mereka kerap menimbulkan pelbagai masalah sehingga boleh mengancam perpaduan masyarakat di negara ini.

Lihat sahaja Mahathir yang begitu hebat menghentam keturunan Bugis sehinggakan ucapannya semasa Perhimpunan Anti Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya tahun lalu telah melukai dua orang Paduka Sultan iaitu Sultan Selangor dan juga Sultan Johor. Malah, sehingga hari ini, Mahathir tidak pernah membuat sebarang permohonan maaf kepada kedua-dua Sultan mahupun kesemua keturunan Bugis.

Bagi Husam pula, pengkhianatannya terhadap PAS yang menyaksikan dia hari ini dilantik sebagai Pengerusi PAN Kelantan, benar-benar merobek perasaan para penyokong PAS. Dia yang sebelum ini dikenali sebagai anak murid Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memilih untuk mengkhianati PAS walaupun sebelum ini pernah mendakwa, tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan Allahyarham Nik Aziz melalui PAS.

Nyata sekali, apa yang dilakukan oleh mereka ini turut sama melukakan hati Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan. Dalam kalangan kaum Melayu, isu pengkhianatan bukan perkara yang boleh di buat main ataupun boleh dipersendakan. Ianya merupakan satu perkara yang cukup sensitif tidak kiralah samada kalangan rakyat biasa mahupun dikalangan pemimpin tertinggi.

Mungkin mereka memberi alasan, apa yang mereka lakukan itu hanyalah dari sudut politik. Namun, jika dipandang dari sudut moral, di manakah moral mereka berdua semasa mereka sewenang-wenangnya mahu memecah belahkan perpaduan kaum Melayu di negara ini?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*