‘Benda’ Tu Berbadan Agak Besar Siap Berbungkus Lagi Dan…

Share This:

Yup. Itulah hari terjadinya kejadian seram yang berlaku pada aku 13 tahun yang lalu. Masa tu jam sudah menginjak ke pukul 11.30 malam. Sedang siap2 nak tidur, emak aku pun menyuruh aku buang sampah dekat kawasan perhentian yang macam kawasan RNR berdekatan rumah kerana dekat situ saja disediakan tong sampah oleh pihak majlis perbandaran.

Nak taknak kenala buat jugak sebab sampah tu dah lama takut berulat pulak. Aku pun bersama maid emak aku, iaitu Mary (maid Indon) berdua kami pun naiklah kereta menuju ke perhentian tu. Dalam perjalanan ke sana kami lalu jalan besar iaitu highway untuk sampai ke perhentian tu. Seusai saja buang sampah dalam tong sampah tu, kami pun balik. Masa tu tak terfikir pun khamis malam jumaat. So perasaan tu takdela takut sangat walaupun jam masa tu dah menunjukkan pukul 12.00 malam.
Masa on the way nak balik tu, aku ikut jalan lain iaitu jalan kampung yang agak seram jugak la sebab kiri kanan jalan adalah kawasan hutan. Kalau rumah orang kampung pun nampak la sikit-sikit itu pun ada la 2 3 buah rumah sepanjang jalan tu. Laluan ni jugak akan lalu kawasan kebun arwah ayah aku. So dalam masa yang sama saje jela nk tenguk kebun tu malam2 ni.

Dalam tengah fokus bawak kereta tu, si maid emak ku ni pulak sibuk main handphone, tiba-tiba dalam 5 meter nak sampai satu kawasan lalang tebal yang berdepan dengan kebun arwah ayah aku tu, aku terperasan sesosok tubuh manusia berdiri betul-betul di tengah lalang tu. ‘Benda’ tu berbadan agak besar siap berbungkus lagi dan keadaan dia statik jer. Masa tu tak rasa apa-apa lagi. Tapi mata aku ni duk fokus habis dah tengok ‘benda’ tu. Ape benda eh tu?? Tanya aku dalam hati. Bila dah sampai betul-betul depan lalang tu, jarak dari kereta aku dengan ‘benda’ tu aku boleh anggarkan dalam 1 meter jer. Kira kalau aku keluarkan sikit tangan aku dah boleh sentuh dah benda tu. Korang boleh bayangkan tak betapa dekatnya ‘benda’ tu dengan kereta aku? Aku sempat lagi kerling ‘benda’ tu ikut ekor mata anak aku. ‘Benda’ tu tak bergerak. Keadaan aku masa tu aku boleh katakan takdela terasa takut ke ape. Bulu roma aku pun tak meremang.

Lepas kereta aku melintas jer ‘benda’ tu, aku pun pandang cermin sisi kanan kereta aku dan aku tengok ‘benda’ tu still tercegat kat situ cuma badan dia bergerak sedikit menghala ke arah kereta aku! Tapi entah kenapa aku macam takde perasaan padahal yang aku nampak tu pocong kot! Macam mana aku tau ‘benda’ tu pocong?? Haaa ni lagi menarik.

Sampai jer kat rumah, aku dan maid aku si Mary ni pun terus masuk tidur. Malam tu pun aku tidur macam biasa. Mesti korang ingat aku kena kacau kan sebab tegur ‘benda’ tu tadi. Hehehe. No no no. Bukan aku yang kena tapi maid emak aku hahaha. Esoknya Jumaat pagi sebelum aku nak pergi ofis dalam pukul 7.30 pagi camtu, si Mary ni tiba-tiba keluar dari bilik dia dan terus meluru ke arah aku. Dijerkahnya aku.

Mary : Akak! Malam tadi masa buang sampah tu akak ada perasan apa-apa yang pelik tak?
Aku : pelik macam mana??
Mary : malam tadi tu masa balik dari buang sampah akak ada nampak apa-apa tak??
Aku : (aku pun cam pikir balik apa yang aku nampak eh malam tadi?? Baru aku teringat pasal ‘benda’ berbungkus tu!) rasa macam ada. Kenape?? (Masa ni aku tak bagitau dia in detail lagi)
Mary : akak tau tak ape benda tu?? Itu pocong kak!!!
Aku : macam mana Mary tau yang akak nampak pocong?? Malam tadikan Mary sibuk main handphone??

Ini ape yang diceritakan oleh Mary kejadian malam tadi yang dia ditegur oleh ‘pendampingnya’. Malam tadi dari pukul 12 lebih sampai ke subuh si Mary ni tak boleh tidur sebab kena marah dengan pendamping dia. Kalau korang nak tau orang indon ni datang ke Malaysia bukan dengan tangan kosong ye. Diaorang ada pendamping yang jaga diaorg sepanjang diaorang keja kat sini.

Mary : ya ada apa kau ke mari?
Pendamping : aku marah sama kamu kerana keluar malam-malam begini!
Mary : emangnya kenapa??
Pendamping : kamu tau ape yang menunggu kamu tadi??
Mary : apa dia??
Pendamping : Pocong!!!
Mary : tapi aku tidak nampak apa-papa pun
Pendamping : kamu memang tidak nampak. Cuba tanya tuan kamu tu. Pasti dia nampak pocong itu! Kamu bernasib baik kerana kalau tuan kamu berhenti dan melihat pocong itu dekat-dekat nescaya akan dibukanya tali yang mengikatnya. Maka kamu juga akan turut terkena.

Muka maid aku masa tu aku nampak macam risau sangat dan bercampur sedih sebab kena marah dengan pendamping dia. Terkantoilah plak dia ada pakai pendamping huhuhu. Lepas tu baru aku teringat malam tadi khamis malam jumaat! Patutla ‘benda’ tu muncul. Nak nak dah pukul 12.00 malam. Time ni baru meremang bulu roma aku…lambat betul efek hihihi…

Bila emak aku terdengar perbualan kami tu emak aku pun kata kawasan kebun arwah ayah aku tu memang ada ‘benda’ tu. Tapi ‘benda’ tu tak kacau orang pon. Silap emak aku jugak bila dia suruh kitaorang buang sampah malam tadi. Sebab emak aku pun lupa yang malam tadi KHAMIS MALAM JUMAAT!

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*