Agenda Jahat Pakatan Mundurkan Negara

Share This:

Semuanya dilakukan secara terancang, jika kita lihat satu persatu kejadian dalam politik Negara. Sehingga kini ramai rakyat telah melihat satu persatu secara perlahan-lahan DAP telah menerjah masuk kedalam  urusan yang bukan sepatutnya mereka lakukan. DAP telah menceroboh urusan agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan banyak lagi.

Kenapa perkara ini berlaku, Ini adalah kerana DAP telah berjaya memecah belahkan kelompok utuh Melayu yang bersatu dibawah satu payung kesatuan yang kukuh satu ketika dahulu. Kemunculan generasi yang buta sejarah dan menolak sejarah bangsa dipergunakan untuk dijadikan peluru untuk membunuh bangsa  dan agama sendiri.

Semua ini adalah berkisar kepada agenda untuk meneruskan legasi politik yang  bakal diterajui oleh anak beranak masing-masing dan juga  untuk memastikan kekayaan Negara dapat diagihkan  diantara mereka sahaja.

Sekarang segala-galanya telah mula terbuka satu persatu sebagaimana yang dilontarkan sedikit masa dahulu. DAP sebuah parti yang mempunyai rancangan jangka panjang dan bijak menggunakan keadaan untuk kepentingan mereka.

Dalam soal politik, berlainan pandangan dan pendapat itu adalah kebiasaannya akan tetapi dari satu sudut yang lain iaitu dalam membangunkan Negara , pemimpin pembangkang ke luar Negara lebih bertanggungjawab dan  bersikap lebih patriotik.

Walaupun mereka tidak sehaluan dengan kerajaan, tetapi bagi pihak kerajaan langsung tidak pernah mengenal erti pilih kasih dan terus  memastikan pelabur asing terus melabur di negara ini termasuk di negeri-negeri pembangkang.

DAP adalah penyumbang kepada kehancuran pelaburan asing dalam Negara ini dengan melakukan fitnah terhadap pelabur mengenai Negara. Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup mengikut jejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memburukkan negara menggunakan media barat, yang sebelum ini disifatkan beliau sebagai berat sebelah.

Tetapi kini beliau sendiri menggantikan Anwar untuk mengecam kepimpinan negara dan secara tidak langsung Mahathir umpama `Ketua Pembangkang’ kerana beliau sendiri paling banyak mengecam Dato Seri Najib Tun Razak.

Mahathir yang akan berusia 92 tahun sanggup menggunakan The New York Times untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas serangan dilakukan di dalam negara, kini beliau menggunakan pula media barat yang diketahui sering memutar belit cerita. Sebagai seorang bekas pemimpin, nyata tindakan itu amat dikesali. Hingga ke tahap itu beliau sanggup melakukannya.

Sebenarnya amat banyak terutama sekali persepsi masyarakat luar terhadap kepimpinan negara juga akan berubah. Jika itu berlaku, bagaimana kita mahu menarik lebih banyak pelabur asing ke Malaysia.

Pembangkang sememangya tidak mahu melihat perubahan baik dikalangan rakyat, mereka mahukan rakyat bergantung kepada mereka. Pembangunan dan kemudahan untuk rakyat tidak penting bagi pakatan harapan.

Mereka mendengar pelbagai cerita buruk yang datangnya daripada Mahathir yang pernah berada di kedudukan tertinggi dalam negara, sudah pasti akan ada yang percaya apa yang diperkatakannya.

Apabila antarabangsa melihat keadaan politik di negara ini seolah-olah tidak stabil dan mundur maka ia akan mewujudkan persepsi bahawa kerajaan lemah disebabkan ia dipimpin oleh orang yang tidak betul, sedangkan hakikatnya perkara itu tidak benar sama sekali.

Begitu juga dengan tindakan pemimpin pembangkang yang lain, DAP dengan sekutunya telah bersungguh keluar Negara hanya untuk memburukkan kerajaan.

Pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin PAS, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID).

Susulan tindakan yang dilakukan oleh pembangkang yang mewakili DAP  ini, Akibatnya, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu. Penarikan diri ini telah merugikan Negara dan telah menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk Negara.

Kencenderungan pemimpin pembangkang menjaja keburukan kerajaan kepada pihak luar nyata memberikan imej negatif mengenai Malaysia di mata pelabur asing. Sebagaimana  agenda mensabotaj  minyak kelapa sawit ke negara Eropah yang dilakukan oleh Mahthir.

Tindakan ini memberikan  kesan negatif itu menyebabkan pelabur asing keliru dengan situasi semasa negara sekaligus mematikan hasrat mereka untuk membuat pelaburan di negara ini.

Demi kesinambungan  matlamat politik yang tidak berkesudahan pembangkang yang diketuai oleh DAP terus melakukan  tindakan  menyebarkan berita fitnah  terhadap Negara  kepada Negara luar. Perkara ini bukan sekarang berlakunya, malah semasa Anwar Ibrahim  lagi memburukkan Negara telah dilakukan.

Sebagai contoh yang dilakukan pihak tersebut seperti mengatakan sistem kehakiman negara ini tidak adil, ataupun pihak polis kita makan rasuah, negara ini negara Taliban, Isu kalimah Allah, dan banyak lagi isu yang melibatkan keyakinan pelabur masuk untuk melabur.

Sememangnya tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertanggung jawab terhadap Negara, atas nama politik juga pembangkang sangup bersekongkol dengan Negara asing untuk memusnahkan demokrasi serta politik  demi untuk mencapai kuasa.

Perbuatan pembangkang memburukkan imej negara telah menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini. Ianya memberikan impak yang negative terhadap pertumbuhan ekonomi dan akhirnya akan menjurus kepada sebuah Negara yanbg tidak mampu berdaya saing.

Kerajaan Barisan Nasional bekerja keras dalam menarik pelabur asing supaya melabur di negara ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bertanggungjawab  walaupun negeri tersebut diperintahi oleh pihak pembangkang.

DAP dalam kepelbagaian usaha terus merangka strategi untuk memusnahkan ekonomi Negara ini, DAP tidak akan senang dengan pencapaian yang dicapai oleh Negara dalam peningkatan ekonomi yang mana dikatakan akan mengagalkan muslihat mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Justeru itu, rakyat perlu sedar dan melihat agenda jahat DAP yang mana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita cita politik mereka dan seterusnya mehancurkan ekonomi Negara dalam apa cara sekali pun.

Perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan atau disokong  walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.

Untuk mengekang perkara ini terus dilakukan oleh ahli politik sekutu DAP dan juga DAP adalah wajar satu bentuk system perundangan melalui undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat diambil agar  tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Justeru itu disini kita melihat bahawa DAP dan sekutunya bukan parti politik yang  berjiwa patriotik malah ianya  adalah  parti yang bersungguh untuk melihat Negara berada didalam keadaan kemunduran, kemiskinan, pengangguran  serta tidak berdaya maju.

Rakyat harus melihat isu ini sebagai isu untuk menjahanamkan Negara dan bukan lagi isu politik yang biasa, Pengkhianatan ini mesti dihalang dengan menolak kepimpinan DAP dan sekutu mereka  dengan tidak menyokong DAP serta sekutu dalam PRU14 akan datang.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*