[VIDEO] Padah Minta Seks Oral Pada Pelanggan, Kakitangan Hotel Dibuang Kerja

Share This:

Gara-gara meminta pelanggan melakukan ‘blow job’ atau seks oral ,seorang kakitangan di sebuah hotel di Bali, Indonesia di buang kerja.

Kejadian itu dikatakan lelaki tersebut mahu wanita terbabit melakukan perkara tersebut jika mahu baki wangnya dipulangkan.

Rakaman video itu mengundang padah apabila ia mendapat kecaman hebat netizen di media sosial.

Menurut sumber, Aneta Baker, berasal dari New Zealand memuat naik rakaman berdurasi lebih lapan minit, merakam perbualan bersama lelaki tempatan berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 31 Januari lalu.

Menerusi status panjang yang disertakan bersama gambar pekerja hotel berkenaan, Aneta menjelaskan lelaki berkenaan memintanya melakukan perkara tidak senonoh selepas dia meminta mengembalikan wangnya berikutan berlaku salah faham ketika tempahan bilik hotel.

Difahamkan, Aneta mendakwa dia dan kawan-kawannya tidak menginap di hotel berkenaan selama satu malam, sebelum tarikh mereka daftar keluar dan memohon untuk pihak hotel memulangkan semula wang tersebut.

Dalam rakaman video menjelaskan ,lelaki terbabit menyatakan proses untuk memulangkan wang kepada Aneta perlu melalui proses yang agak lama, dan kebarangkalian untuk dia mendapatkan semula wang tersebut adalah rendah.

Status yang dimuat naik Aneka itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dan antaranya beranggapan kemungkinan Aneta tersalah dengar dan menganggap mungkin lelaki itu menyebut ‘baucar’ dan bukannya ‘blow job’.

Tambahan, lelaki berkenaan tidak begitu fasih berbahasa inggeris yang menyebabkan dia menyebut perkataan itu dengan nada yang tidak betul.

Namun, media Indonesia melaporkan suspek, yang hanya dikenali sebagai ADR, 31, mengaku meminta pelancong wanita itu melakukan seks oral.

Pegawai polis Kuta, Kompol Nyoman Wirajaya berkata, suspek berdepan hukuman penjara 12 tahun kerana mengeluarkan kata-kata lucah terhadap mangsa.

“Suspek telah mengaku menyebut perkataan ‘blow job’ dan dia akan didakwa mengikut undang-undang anti pornografi.

“Untuk sementara dia tidak ditahan tapi wajib melaporkan diri di balai pada setiap Isnin dan Khamis.

“Kami turut merampas barang bukti seperti rakaman video, baju, seluar dan sepasang kasut kerja suspek,” katanya seperti dilapor Tribunnews, kelmarin.

Sementara itu, pihak pengurusan hotel memaklumkan kakitangan terbabit telah dibuang kerja dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi hotel berkenaan.

“Kami kesal dengan kejadian yang menimpa pelanggan kami. Sudah tentu kami tidak dapat menerima kelakuan sebegini dari kakitangan kami. Kakitangan terbabit tidak lagi bekerja di hotel dan siasatan sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*