Video African American Bernasyid

Share This:

BUKAN semua rakyat Malaysia boleh menerima alunan nasyid. Ada berbagai-bagai pendapat mengenai pendekatan ini. Walaubagaimanapun kumpulan nasyid telah tumbuh bagaikan cendawan sejak beberapa tahun yang lalu.

Satu video yang memaparkan seorang lelaki African America mengalunkan lagu nasyid dengan gaya dan budaya mereka telah mengundang berbagai reaksi. Ramai yang tidak dapat menerima cara tersebut sehingga mereka menganggap ianya satu penghinaan kepada agama Islam.

Malah sesetengah netizen melihat ianya menyamai lagu-lagu yang disampaikan dalam gereja. Jangan cepat membuat kesimpulan. Kita perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang lebih terbuka.

Disisi lain, apa yang lelaki ini lakukan tidak jauh bezanya dengan kumpulan nasyid dalam negara kita. Mereka memberikan rentak, gaya dan nafas baru yang berbeza dari lagu-lagu nasyid sebelumnya.

Budaya berbeza, cara pun berbeza namun niatnya adalah sama.

– pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*