Taraf Ekonomi Semakin Baik, Rakyat Pilih Barang Berkualiti

Share This:

Nampaknya taraf ekonomi semakin baik apabila dilihat rakyat Malaysia semakin ramai yang lebih cenderung untuk memilih barangan asas yang lebih berkualiti.

Kecenderungan masyarakat memilih barang kini dilihat lebih bijak berbanding dahulu,kini mereka lebih gemar memilih barangan yang lebih mengutamakan penjenamaan berbanding barangan yang dikendalikan oleh syarikat tersebut.

Seperti yang kita tahu,barangan di kedai Rakyat 1Malaysia sepatutnya jauh lebih murah berbanding dengan harga di pasaraya-pasaraya besar yang lain.

Namun kegagalan syarikat tersebut dari segi pembungkusan dan penjenamaan mungkin menjadi faktor rakyat memilih barangan yang berkualiti sekaligus menunjukkan taraf hidup rakyat kini semakin baik.

Dakwaan syarikat tersebut terhadap rakyat tiada duit adalah salah kerana apa yang kita lihat mereka gagal dari segi penjenamaan dan menyakinkan rakyat untuk menjual barangan mereka.

Rakyat bukan tiada duit seperti yang dikatakan tetapi mereka ini lebih cenderung untuk memilih barangan berjenama seperti apa yang kita alami sendiri ketika memilih barang pasti kita melihat pada pembungkusannya dan penjenamaannya dahulu sebelum membuat pembelian.

Jika tidak, mengapa syarikat lain masih mampu mengendalikan syarikat mereka? kenapa mereka masih mengekalkan penjenamaan barangan? mengapa syarikat ini pula gagal? kerana rakyat lebih bijak memilih barang.

Jenama adalah penambah nilai pada sesuatu produk, syarikat, barangan mahupun pada diri kita sendiri. Ianya ibarat bahan perasa di dalam makanan. Dengan adanya jenama, maka sesuatu produk itu akan menjadi lebih berharga atau mahal.

Tidak kiralah sebesar mana pun atau sekecil mana pun syarikat atau produk itu, jenama akan membuatkan ianya bernilai.

Menurut sumber mengatakan, kerajaan sudah membantu memberi peruntukan kepada syarikat tersebut,namun apa yang dilihat syarikat tersebut tidak mampu mengendalikan projek tersebut.

Mengulas kegagalan projek Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata dirinya mungkin terlalu naif ketika membabitkan rantaian hypermarket Mydin dengan projek yang bertujuan membantu rakyat Malaysia mengatasi peningkatan kos sara hidup itu.

Beliau juga menyatakan niat kerajaan sangat murni apabila mahu membantu rakyat dari segi pengurangan harga barang ,namun strategi mereka dilihat gagal untuk menarik pelanggan masuk ke kedai tersebut.

Ia menunjukkan masyarakat kini lebih bijak memilih barang yang lebih berkualiti. Rata-rata rakyat lebih gemar membeli barangan yang mempunyai jenama.

Justeru, kerajaan melancarkan KR1M 2.0 di mana ciri-ciri barangan dilihat sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran bagi membantu rakyat.

Ini merupakan antara ciri pembaharuan yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia kepada (KR1M) 2.0.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*