Taman Ilmu: Jawapan Kepada Tomahan Bahagian II

Share This:

Pembangunan yang diilhamkan ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 2004 itu kini dalam fasa terakhir untuk memasukkan pelajar Taman Ilmu mukim Tembila, Besut.

Projek pembangunan ini adalah dari Rancangan Malaysia Kesembilan yang mana ianya dibangunkan dibawah Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu dibina mulai tahun 2004.

Rancangan ECER ini adalah satu usaha bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk memangkin tahap pembangunan kawasan pantai timur semenanjung terutamanya di Terengganu.

Setiap negeri dipantai timur ini akan muncul dengan tema pembangunannya yang tersendiri dan negeri Terengganu akan dikenali sebagai gerbang pelancongan dan pendidikan bagi wilayah ekonomi pantai timur.

Dalam masa yang sama ianya dapat mengembang dan menghebatkan industri minyak dan gas petrol kimia yang ada di negeri Terengganu serta menjana ekonomi rakyat negeri ini.

Sehubungan dengan itu Taman Ilmu kini mempunyai beberapa fasiliti untuk kegunaan dan sebahagian besar komponen utama seperti perpustakaan, pusat pelajar, kompleks sukan, dewan konvokeseyen, kediaman pelajar dan masjid.

Hari ini rakyat dapat melihat sendiri Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berusaha keras menghidupkan kembali apa yang telah dilakukan oleh mantan-mantan menteri besar terdahulu dan pembangunan Taman Ilmu itu telah dimanfaatkan, ketika ini juga kediaman pelajar sudah digunakan serta diisi oleh pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) seramai 250 orang serta bakal ditambah menjadi 500 orang apabila pengubahsuaian blok kedua siap nanti.

Usaha yang dilakukan oleh Ahmad Razif kini mendapat sambutan yang baik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan dengan secara langsungnya menyatakan minat menyertai konsep yang digunakan dalam Taman Ilmu adalah sharing facilities bermaksud kerajaan negeri sedia tapak sahaja dan mana-mana IPT nak buka kolej mereka atau pejabat.

Dalam pada itu menurut Ahmad Razif, dalam masa terdekat ini kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memeterai satu perjanjian MoU dengan KPT dan Tourism Malaysia bagi menubuhkan Universiti Aswara yang berpusat di Taman Ilmu tersebut.

Selain UniSZA, dua buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu bagi meningkatkan pencapaian bidang pengkhususan masing-masing turut akan menempatkan pelajar mereka di Taman Ilmu.

Perkara itu disampaikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Dato’ Seri Idris Jusoh dalam majlis perasmian Kolej Kediaman UniSZA pada tahun lalu(2017).

Katanya, UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi dan persekitaran manakala UMK bidang keusahawanan mengikut kelompok universiti komprehensif.

Ketika majlis perasmian kolej kediaman UniSZApada September lalu, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) juga berminat untuk menjadi sebahagian dari warga Taman Ilmu.

Dalam majlis itu juga turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohamad Nur; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Emiritus Dato’ Dr. Kamarudin Husin dan Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.

Hadir sama, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dato’ Dr Mortaza Mohamad; Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Prof Dato Mohd Rizon Juhari dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Hanisah Tapsir.

Secara tidak langsung, 3 buah universiti lagi bakal mengisi dan menjadi warga Taman Ilmu di Besut selain UniSZA.

Nyata disini momokan berbau fitnah yang dibawa oleh pembangkang Terengganu terutamanya dari Pas hanyalah mahu mengaburi mata rakyat dengan mengambarkan gambar-gambar lama yang mana dalam proses baikpulih di sebahagian Taman Ilmu tersebut.

Cukup-cukuplah merekayasa fitnah untuk kelirukan rakyat, gunalah pendekatan “apa yang kita boleh beri kepada rakyat” dan “bukannya apa yang kita boleh menipu dan mengelirukan rakyat”

#TerengganuMolekDoh

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*