Tak Nak Tunjuk Bahagia, Fasha Sandha Takut Kena Rampas

Share This:

Mengakui hatinya kini sedang berbunga-bunga, Fasha Sandha belum bersedia mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengannya sekarang. Dalam masa sama, Fasha enggan terlalu menunjukkan kebahagiaan di depan orang, bimbang nanti ‘dicuri’ orang pula.

“Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji”

“Kalau betul lelaki itu mahukan saya, dia kenalah bersabar. Setakat ini tiada siapapun yang mendesak,” kongsinya kepada Projek MMO mengenai identiti lelaki yang rapat dengannya sekarang.

Bercakap mengenai hubungannya, Fasha akui tidak lagi sunyi selepas bercerai dua tahun lalu. Tetapi jelasnya, hubungan itu tidak diketahui orang, dan jika benar-benar serius barulah beliau akan berkongsi.

Sebelum ini Fasha pernah bernikah dengan Jejai tetapi bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata. Sehingga kini Fasha masih belum berpunya tapi nampaknya sedang mengenali seseorang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*