Sofi Jikan Ditahan Reman Tiga Hari

Share This:

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Khairul Azhar Mohd. Ishak memerintahkan tahanan reman selama tiga hari kepada pelakon, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan bagi membantu siasatan berhubung kes pengambilan dadah jenis ganja.

Sofi direman di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan diwajibkan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Semalam Sofi dibawa oleh anggota polis ke mahkamah kira-kira pukul 11.25 pagi dengan tangan yang bergari dan memakai pakaian lengkap baju lokap berwarna oren. Beliau telah ditahan sewaktu memberi keterangan bersabit laporan dibuat oleh Datuk farid Kamil.

Selain itu, adik kepada Sofi, Shaiful Jikan enggan memberikan sebarang komen sebagaimana siasatan masih dijalankan. Pun begitu, beliau meminta diberikan ruang untuk mereka sekeluarga menyelesaikan perkara ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*