Rakyat Selangor Serik Pilih Kerajaan Pakatan Yang “Rompak” Harta Rakyat

Share This:

Dalam pemerintahan Pakatan Harapan terlalu banyak skandal yang terjadi sehinggakan tiada satu ruang dan peluang kesejahteraan untuk rakyat dapat dilaksanakan. Kebaikan cukai yang mendadak sehingga 400% telah membebankan lagi rakyat.

Pembangkang yang hanya tahu memikirkan bagaimana mahu merompak hak rakyat, itu sahaja, sebenarnya Rakyat kini keletihan. Mereka bosan dengan rejim yang korup. Mereka juga bosan dengan pembangkang yang tidak mempedulikan rakyat. Malah hak rakyat terus dinafikan.

Dalam misi mereka untuk menukar kerajaan yang ada  kepada sebuah kerajaan yang dipimpin oleh  DAP serta pakatan yang penuh dengan korupsi, ada diantara mereka  menyuarakan pandangan, apakah yang kita harapkan lagi bila melihat korupsi yang berlaku dalam Pakatan sekarang.

Apakah dengan menukar kerajaan yang ada iaitu Bariosan Nasional yang mana  terus membina kepentingan rakyat , penyokong pakatan  akan mendapat lebih dari apa yang ada sekarang? Sedangkan 8 tahun telah berlalu, penyokong pakatan hanya dihidangkan dengan pergaduhan serta penindasan sahaja.

Apabila ada yang membandingkan Malaysia dengan Myanmar, dengan berkata jika Myanmar berjaya menukar sebuah rejim, Malaysia juga mampu berbuat demikian. Persoalannya adakah  rakyat akan hidup seperti Myanmar.

Menukar  pemerintahan itu mudah, tetapi adakah ianya amat baik selepas itu atau akan bertambah sengsara dengan kenaikan cukai yang membebankan rakyat dan tidak mampu untuk disuarakan bantahan lagi.

Walau bagaimanapun, satu perbezaan yang ketara, iaitu bekas pembangkang Myanmar mempunyai seorang pemimpin yang jelas, Daw Aung San Su Kyi, dan sikap pemimpin ini saling tidak tumpah sepaerti kezaliman yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.

Di Malaysia rakyat  mahu menukar kerajaan hanya untuk rakyat menilai yang mana lebih baik, tetapi pada masa yang sama , mereka lupa apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan baru dalam mengekalkan status kuasa yang ada. Akhirnya  dalam usaha untuk menilai telah berlaku sebaliknya.

Sebenarnya rakyat seharusnya menggunakan akal yang waras dan bukan terpengaruh dengan percakapan ceramah tetapi melihat apakah yang dilakukan oleh pemimpin yang mereka pilih dalam memastikan kebajikan serta kesungguhan kerajaan yang memerintah mementingkan hak rakyat.

Kemenangan rakyat dengan adanya pemimpin sebenar yang mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan seperti kerajaan Barisan Nasional sekarang. Pembangunan dan keseimbangan  keperluan rakyat diutamakan.

Sebenarnya selama 8 tahun pemerintahan pembangkang  pada dua buah negeri tidak ada pencapaian langsung dan kemajuan yang diberikan untuk rakyat. Malah peningkatan defisit negeri yang sudah hampir mencecah RM1billion sekarang.

Perkara ini hanya berlaku bila terdapat kumpulan pembangkang yang berstatus kleptokrasi muncul dan mereka ini hanya mempunyai satu matlamat, walaupun hak rakyat dalam apa cara pun mereka akan menjadikannya hak mereka.

Memilih siapakah yang seharusnya  mendapat undi kita  sekarang ini banyak berkisar kepada minda anak muda. Setengah daripada mereka ini hanya melihat pemimpin dan bukan apakah pemimpin itu lakukan untuk rakyat seperti mereka.

Jika memilih untuk  mengundi PKR sedangkan pada masa yang sama PKR yang sibuk dengan perbalahan dalaman mereka? Dan berperang dalam soal projek, skandal, pengubalan wang haram dan jika memilih  DAP . DAP pula amat sibuk dengan urusaan skandal  penyalah gunaan kuasa serta hal hal mahkamah isu berkaitan dengan menjual negeri.

PAN pula yang juga sibuk bercakaran dengan bekas teman sebilik mereka – PAS?” atau PPBM yang mana presiden dan pengerusi masing-masing bercakap mengenai perkara berbeza mengenai isu sama.

Jika dilihat secara rambang dengan mata kasar, apakah pembangunan yang diberikan kepada rakyat  sepanjang 8 tahun pemerintahan Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang sebagai penanda arasnya.

Hanya rakyat lihat ialah isu berkaitan pengubahan wang haram, Rasuah, Projek diantara aktiviti yang amat sinonim dengan  kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan. Berbagai pembongkaran telah dilakukan oleh  oleh aktivis politik yang mana mendedahkan betapa korupnya pemimpin Pakatan ini.

Satu persatu pendedahan dilakukan, bermula dengan anak muda dibawah pakatan telah menggunakan saluran poltik dan kuasa yang ada  pada pemimpin mereka untuk merompak hasil bumi negeri tanpa sedikit pun memikirkan hal hal berkaitan rakyat.

Perlombongan pasir secara haram dan memalsukan surat rasmi dilakukan oleh pemimpin PKR dalam usaha untuk merompak hasil negeri  Selangor. Setelah tertangkapnya  dua anak muda termasuk  anak saudara Azmin Ali, pendedahan demi pendedahan dilakukan.

Dalam satu laporan yang diserahkan kepada SPRM yang setebal 300 muka surat telah menamakan 4 orang individu yang terlibat secara langsung  dalam skandal perlombongan haram ini serta memalsukan surat untuk tujuan tersebut.

Menurut CheGu Bard , SPRM telah menerima satu set dokumen yang setelah disusun dan diteliti ternyata terdapat unsur korupsi, pecah amanah, salah guna kuasa dan kedudukan bagi memperolehi laba dan keuntungan.

Setakat ini 3 syarikat telah diperolehi rekodnya serta laporan ini turut dikepilkan rekod perbankan yang diambil dari dua syarikat serta beberapa individu.

Sebahagian dari penama telah menggunakan kedudukan politik dan dalam kerajaan negeri bagi memalsukan surat berkaitan kerajaan negeri yang mana surat ini juga dilampirkan. Bukan satu surat dipalsukan tetapi banyak dan dipalsukan dari perbagai agensi dan pihak.

Diwaktu ini, Pakatan Harapan sedang bergolak dengan isu pengagihan kerusi, skandal, pecah amanah dan banyak lagi yang melibatkan kerugian berbillion ringgit yang sepatutnya digunakan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Semua itu tidak penting bagi Pakatan, Kemelut cantas dan membekukan peruntukan dilakukan agar  pihak yang lain akan  keluar dari barisan kepimpinan yang ada didalam kerajaan Selangor dan membolehkan Azmin serta kartelnya berkuasa meluluskan apa sahaja.

Dalam  masa yang sama juga, DAP sedang menghadapi skandal penipuan  dalam projek Terowong Dasar Laut  yang telah terbongkar dengan jelasnya dimana pengadaian tanah kerajaan, kehilangan pelabur dan melantik pelabur yang bukan pakar dalam bidang tersebut.

Paling menarik lagi apabila pelabur yang dikatakan oleh Guan Eng menafikan terlibat dalam urusan projek terowong dasar laut yang dicadangkan bukan untuk berjaya dilaksanakan tetapi adalah cadangan projek untuk digagalkan agar dana rakyat dapat dirompak.

Projek mega bernilai RM6.3 bilion itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk

Jadi jelaslah bahawa Pakatan yang ada sekarang adalah pakatan yang hanya wujud atas kepentingan peribadi semata mata dan bukan atas dasar untuk rakyat atau selamatkan Malaysia, tetapi selamatkan harata rampasan perang yang berada dihadapan mata.

Kita tidak boleh lagi bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi sebagai kepentingan utama mereka. Tidak ada cara kita boleh menyelamatkan Malaysia dengan pemimpin yang bersikap sedemikian iaitu dengan mengekalkan kerajaan Barisan Nasional yang ada.

PRU-14 tidak lama lagi tetapi terdapat 4.1 juta pengundi berkelayakan yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Majoriti bilangan ini adalah golongan belia. Pilihlah sebuah kerajaan yang stabil dengan melihat apakah kerajaan lakukan untuk Negara dan bukan  dihidangkan dengan berbagai skandal.

Kerajaan tersebut ialah kerajaan Barisan Nasional. Demi Rakyat Untuk Rakyat.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*