Pingat Mahathir Pula Kena Tarik

Share This:

HUBUNGAN pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan istana sememangnya tidak pernah baik. Keadaan ini disebabkan sikap beliau yang sering mengkritik Raja-Raja Melayu.

Situasi kini dilihat bertambah buruk apabila pihak istana Kelantan mengambil tindakan menarik balik darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Mahathir melakukan tindakan yang sama ke atas dua pemimpin kanan Parti Amanah Negara (PAN).

Penarikan balik pingat kebesaran Darjah Kebesaran itu dinyatakan pihak istana melalui sepucuk surat yang diterima pihak Dr Mahathir hari ini.

Surat itu bertarikh 6 Feb lalu dan dihantar ke rumah Dr Mahathir di Seri Kembangan.

Semakan menunjukkan pingat yang ditarik balik itu ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) Al-Yunusi Kelantan yang diterima Dr Mahathir pada April 2002.

Menurut kedudukan di Kelantan, anugerah DK Al-Yunusi itu adalah pingat kebesaran tertinggi dikeluarkan pihak istana negeri terbabit. Kini Mahathir sedang dalam proses menyerahkan semula pingat berkenaan.

Ia dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu Tuanku Ismail Petra dalam satu istiadat di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Semalam istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa gelaran Datuk kepada Naib Presiden PAN Husam Musa dan pengerusi parti itu bagi Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah. Makluman mengenai penarikan balik pingat Mahathir ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat.

Sultan Kelantan pernah melakukan penarikan balik anugerah itu pada 2010 membabitkan beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*