Pekerja Bilik Mayat Rogol Mayat Selebriti

Share This:

Menjijikan perbuatan seorang juruteknik bilik mayat apabila dia disyaki merogol mayat seorang selebriti yang merupakan bintang realiti Russia, Dom-2, yang mati dibunuh selepas ujian DNA dibuat.

Bekas bintang realiti itu, Oksana Aplekaeva, dibunuh pada 2008 dan mayatnya ditemui seorang pemandu lori di tepi lebuh raya.

Sehingga kini pembunuhnya belum ditangkap, namun selepas memperoleh maklumat baru, polis mengarahkan mayatnya digali semula untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut sumber, siasatan mendapati Oksana diserang secara seksual selepas kematiannya dan ujian DNA menunjukkan ia dilakukan lelaki dikenali sebagai Alexander, 37.

Alexander masih bekerja di bilik mayat berkenaan sehingga perbuatannya terbongkar baru-baru ini, dan kemudian dipecat.

“Saya tidak boleh menentang sains. Kini, sudah tiga bulan saya masih gagal mendapatkan pekerjaan,” katanya. Menurutnya, isterinya juga meninggalkannya dan menukar nombor telefon.

Alexander bekerja di rumah mayat itu selama 12 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada laporan menunjukkan dia melakukan kesalahan lain, termasuk perbuatan keji terhadap mayat.

Menurut media Rusia, Alexander tidak boleh dihukum bagi perbuatannya kerana tiada undang-undang di negara itu yang menjadikannya kesalahan jenayah.

Sementara itu, polis juga menegaskan dia memang pun tiada kena mengena dengan pembunuhan Oksana.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*