Kereta Terbabas Masuk Kedai Makan

Share This:

PEKAN: Orang ramai yang sedang menjamu selera di  Jalan Sultan Ahmad, Pekan terkejut apabila sebuah kereta Perodua Alza dipandu seorang wanita terbabas memasuki kawasan berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan berlaku dalam kejadian terbabit.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kenderaan itu dipandu wanita berusia 55 tahun pada ketika itu  berada di lorong menghala ke Rompin.

“Saya dimaklumkan wanita berkenaan ingin masuk ke seberang jalan sebelah kanan di lokasi kejadian dan terdapat sebuah kenderaan di lorong bertentangan dari arah Rompin berhenti untuk memberi ruang kepadanya melintas ke kanan.

“Wanita itu kemudian terus menuju ke tempat letak kereta di hadapan kedai makan tersebut. Namun secara tiba-tiba sebuah motosikal datang dari arah bertentangan menyebabkan pemandu Alza itu terkejut dan panik,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Amran berkata, wanita terbabit cuba menekan brek namun tersalah menekan pedal minyak menyebabkan keretanya bergerak laju dan terlanggar sebuah kereta jenis Toyota Camry sebelum terbabas ke dalam kedai makan Majlis Daerah Pekan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*