Kejam! Seludup Anak Harimau Guna Khidmat Pos

Share This:

Menggeleng kepala mendengarkan pelbagai cara yang digunakan untuk menyeludup haiwan bagi melepasi sekatan sempadan.

Ada yang menggunakan helah bagi melalui jalan darat, air dan udara.

Di Mexico, Jabatan Perlindungan Haiwan  negara itu  berjaya mematahkan  cubaan menyeludup anak harimau dari negara itu menggunakan perkhidmatan pos, Astro Awani melaporkan.

Anak haiwan itu dipercayai diberi ubat pelali sebelum dibungkus di dalam bungkusan plastik.

Kegiatan itu terbongkar apabila pihak penguatkuasa menjumpai beberapa ekor haiwan berkenaan yang disorokkan  di dalam kotak.

Selain di dalam kotak, ada juga anak harimau itu yang disumbat di dalam sampul surat besar.

Terdapat juga  anak-anak  harimau itu yang terlepas dan  berkeliaran di lorong-lorong di  sebuah kawasan kejiranan.

Kebanyakan haiwan berkenaan yang  berada di dalam keadaan kekurangan air kemudian diserahkan kepada pusat pengurusan haiwan negeri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*