Kajian: Bahan Kimia Dalam Kentang Goreng McD Boleh Rawat Kepala Botak

Share This:

Kentang goreng McDonald’s yang terkenal di seluruh dunia boleh menjadi ‘ubat’ bukan sahaja ketika lapar.


Saintis Jepun mendakwa mereka mungkin menemui cara untuk merawat masalah kebotakan dengan menggunakan bahan kimia yang digunakan untuk membuat kentang goreng itu, lapor Fox News.


Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menemui bahan kimia dimethylpolysiloxane, sejenis silikon yang dicampur dalam minyak menggoreng McDonald’s bagi mencegah dari percikan yang mana boleh digunakan untuk mendorong pertumbuhan folikel rambut tikus.



Foto: Medical News Today



Penyelidikan mereka membuahkan hasil apabila ia berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG).

“Kami menggunakan kaedah itu dan ia memberi respons memberangsangkan,” kata Profesor Junji Fukuda


Sebaik HGF dipindahkan ke tubuh tikus, rambut hitam baru mula tumbuh di kawasan berkenaan.



Foto: Fox News



Saintis yakin teknik itu boleh digunakan ke atas manusia dan akan memberi hasil sama.

“Teknik mudah ini sangat berkesan dan meyakinkan. Kami berharap ia akan membantu terapi penumbuhan rambut manusia dan merawat keguguran rambut seperti alopecia (kebotakan corak lelaki),” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*