Jual Dan Curi Ginjal Isteri, Sebagai Pengganti Wang Hantaran

Share This:

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menipu isteri sendiri dengan menjual ginjal wanita berkenaan tanpa pengetahuannya.

Tindakan kejam itu dilakukan selepas Rita Sarkar, 28 gagal untuk membayar wang hantaran berjumlah 200,000 rupee (RM12,200).

Difahamkan, Rita dan suaminya Biswajit Sarkar sudah berkahwin selama 12 tahun.

Media tempatan melaporkan, suami dan abang iparnya menipu dan mencuri sebelah ginjalnya ketika dia menjalani pembedahan apendiks.

“Suami dan keluarga mentua sering menyeksa saya dan mendesak wang itu dibayar.

“Kira-kira dua tahun lalu saya mula mengalami sakit perut teruk dan apabila suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata, saya dimaklumkan ia akibat masalah apendiks yang perlu dibuang melalui pembedahan.

“Bagaimanapun, sakit saya semakin teruk selepas pembedahan itu dan suami mengarahkan saya tidak memaklumkan sesiapa mengenai pembedahan di Kolkata berkenaan. Saya merayu berulang kali untuk mendapat rawatan lanjut tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Namun tiga bulan lalu, ibu bapa Rita membawanya ke hospital dan mendapati ginjal kanannya sudah tiada.

Rita telah memfailkan laporan polis terhadap suami dan abang iparnya, Shyamal serta ibu mentua, Bularani.

Shyamal dan Sarkar mengaku menjual ginjal itu kepada seorang ahli perniagaan di Chhattisgarh.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*