Jangan Jadikan Rakyat Sarawak Seperti Pengemis

Share This:

Sekali lagi negeri Sarawak dilanda musibah banjir yang mana kali ini menurut laporan, lebih 5 ribu orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara. Ini bukan kisah baru melanda negeri ini yang mana umum mengetahui, negeri Sarawak memang mengandungi sungai yang agak banyak.

Namun begitu, di saat lebih 5 ribu orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat ditenggelami banjir dan berpuluh ribu orang sedang dalam siap siaga berhadapan dengan musibah ini, di kalangan pemain media sosial warga tempatan, mereka menggunakan kesempatan ini untuk memupuk jurang kebencian antara warga Sarawak dengan Semananjung.

Memang cukup menjengkelkan apabila setiap kali tiba musibah ini termasuk kebakaran di beberapa rumah panjang di seluruh Sarawak, maka berlumba-lumba pemain media sosial terutamanya mereka yang memiliki fan pages, mengeluarkan status menggambarkan nasib mereka langsung tidak dipedulikan oleh mana-mana media massa terutamanya TV3.

Malah, mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan tuduhan kononnya kerajaan lambat bertindak dan segala bantuan lambat tiba ke lokasi. Mereka menggambarkan keadaan warga Sarawak yang ditenggelami air bah ini seperti langsung tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Apakah tujuan mereka ini sebenarnya? Kenapa mereka menyembunyikan fakta yang Angkatan Pertahanan Awam Malaysia antara yang terawal menghulurkan bantuan di semua lokasi banjir di seluruh Sarawak? Kenapa mereka menyembunyikan fakta bahawa kerajaan negeri telah menggerakkan semua anggota keselematan menguruskan bencana di sana?

Paling utama, adakah mereka menafikan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam misi memindahkan mangsa banjir di Sarawak? Lebih melucukan, ada diantara pemilik fan pages mendakwa, berita mengenai banjir di Sarawak tidak diletakkan di prime time di dalam Buletin Utama TV3. Bukankah satu ketika dahulu mereka mendakwa, berita yang disampaikan di TV3 itu tidak boleh dipercayai dan hanya sampah?

Kenapa sekarang begitu sibuk mahu melihat banjir di Sarawak di letakkan di prime time Buletin Utama? Adakah ini sahaja mentaliti pemilik fan pages Sarawak terutamanya pemain media sosial di negeri berkenaan?

Sepatutnya, jika benar mereka mahu membela nasib rakyat Sarawak, mereka perlu tunjukkan usaha mereka melakukan kerja pemindahan, menghulurkan bantuan awal dan sebagainya. Tidak perlu menafikan komitmen kerajaan pusat kerana kerajaan sentiasa memandang serius masalah bencana banjir di Sarawak. Malah bantuan telah pun digerakan seberapa segera kerana untuk menghantar bekalan bantuan memerlukan jumlah logistik yang banyak.

tidak perlu terlalu mengejar glamor media sosial sehinggakan mereka menggambarkan rakyat Sarawak ini seperti pengemis. Seharusnya, mereka menunjukkan intergriti mereka dengan menunjukkan bantuan awal yang diterima dan tidak perlu terlalu mengejar like di media sosial. Nyawa manusia bukannya untuk dijadikan bahan glamor media sosial.

Sebaliknya, semua pihak harus menggembeling tenaga bagi membantu mereka yang terjejas. Memuat naik status seperti seorang yang gila perhatian bukan jalan penyelesaian. Sehingga hari ini, semua media samada media sosial, portal, blog, akhbar mahupun televisyen sentiasa melaporkan masalah banjir yang melanda Sarawak secara menyeluruh. Berhenti memalukan rakyat Sarawak dengan terlalu gila mengejar glamor di media sosial.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*