Dua Tahun Untuk Selesaikan Masalah Najib Tapi Gagal Selama 22 Tahun Untuk Jawab Skandal Sendiri?

Share This:

Masihkah kita ingat akan kisah Mat Jenin yang terkenal dengan angan-angannya? Tidak dinafikan, kaum Melayu dan majoriti rakyat Malaysia begitu mudah menyimpan angan-angan yang mereka sendiri tidak pasti mampu atau tidak mereka gapai. Dalam hal ini, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir juga tidak dapat lari dari angan-angan Mat Jeninnya.

Dalam satu kenyataan, Mahathir mendakwa, dia hanya memerlukan tempoh dua tahun sahaja untuk menyelesaikan begitu banyak masalah yang kononnya timbul di zaman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Masalah berkenaan termasuklah isu derma RM 2.6 bilion, 1MDB dan sebagainya yang mana kesemuanya, telah lama diselesaikan.

Dua tahun yang dimaksudkan Mahathir adalah tempoh dia menjadi Perdana Menteri seandainya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan. Tidak dipastikan, apa yang mahu diselesaikanny akerana jika mengikut logik, segala perkara yang dia cuba bangkitkan itu sudah berjaya diselesaikan beberapa tahun yang lalu.

Satu perkara Mahathir tidak sebut adalah, kegagalan dia untuk menyelesaikan banyak perkara sewaktu dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Lihat sahaja bagaimana munculnya skandal BBMB, skandal Forex, Maminco, Guthrie, Perwaja Steel, MAS, Proton dan banyak lagi yang sehingga kini dia gagal selesaikan.

Mungkin Mahathir merasakan, dengan mengatakan tidak tahu sekiranya ditanya, mampu menyelesaikan segala skandal yang dia cipta sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu. Seandainya demikian, mana mungkin dia mampu untuk menyelesaikan masalah yang kononnya wujuddalam pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib sedangkan dia tidak tahu langsung deretan skandal yang dia sendiri cipta dahulu?

Secara realistiknya, Mahathir tidak akan mampu untuk mentadbir negara untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Dia sendiri kini sudah tidak mampu untuk mengingat apa-apa malah lebih teruk lagi, usianya juga menjadi penghalang utama untuknya mentadbir dengan baik dan berkesan.

Hari ini, kita mungkin akan dapat melihat dia masih mampu untuk menghadiri banyak majlis yang dianjurkan samada oleh rakan pembangkang ataupun para penyokongnya sendiri. Namun, dari segi ingatan, sudah terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir sendiri berpusing-pusing dibuatnya.

Adakah ini contoh Perdana Menteri yang baik yang lahir dari Pakatan Harapan? Seperti yang diperkatakan oleh kebanyakan parti politik, kenyataan Mahathir ini tidak lebih dari sekadar mahu memancing undi kerana dia sedar, dia harus memanjangkan segala skandal yang kononnya wujud di ra Datuk Seri Mohd najib demi mahu memastikan karier politiknya kekal bertahan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*