Dakwaan Mydin Mengarut, Rahman Dahlan Bagi Penjelasan Sebenar

Share This:

KEDAI Rakyat 1Malaysia (KR1M) dilihat sebagai ancaman kepada pakatan harapan diketuai DAP. Sebenarnya bukan KR1M sahaja dilihat sebagai ancaman malah apa sahaja program kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dilihat sebagai mengugat perancangan pembangkang menghasut rakyat benci pada kerajaan.

Dalam isu KR1M ini, pihak pasaraya Mydin tampil membuat kenyataan yang tidak sepatutnya. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, jualan pasar raya besar tidak boleh dilihat sebagai satu-satunya penanda aras bagi prestasi jualan runcit dan seterusnya memaparkan keadaan ekonomi Malaysia serta rakyatnya.

Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dengan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan bahagian jualan pasar raya besar hanyalah sebanyak 8.0 peratus.

Kenyataannya itu sebagai menyangkal dakwaan Pengarah Urusan rangkaian pasaraya dan emporium Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bahawa rakyat negara ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi perbelanjaan barangan keperluan biarpun Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Dari segi nilai, perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan dua angka untuk tiga suku berturut-turut pada 2017 manakala dari segi jumlah, ia meningkat masing-masing kepada 7.8 peratus, 11.5 peratus dan 10.4 peratus bagi suku pertama, kedua dan ketiga 2017.

Perdagangan runcit bagi tempoh 11 bulan pertama 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion berbanding RM367.7 bilion pada tempoh sama pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 11.6 peratus. Bilangan premis atau kedai tanpa sebarang pengkhususan termasuk pasar raya besar juga meningkat daripada 66,920 (2016) kepada 73,848 pada 2017.

Berdasarkan Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, transaksi e-Dagang merangkumi perniagaan kepada pengguna adalah bernilai RM73.7 bilion dan angka itu terus meningkat setiap tahun.

Kebanyakan pasar raya besar di Malaysia sudah mula menawarkan pembelian barang runcit dan penghantaran melalui atas talian kepada pelanggan mereka. Mereka yang tidak meneroka trend ini akan kehilangan potensi perolehan yang datang dari kaedah beli-belah yang semakin berkembang ini

Angka industri pelancongan tempatan yang meningkat juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai wang untuk berbelanja.

Sebagai contoh, perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan meningkat 10.2 peratus pada tahun 2016 kepada RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015 dan menambah, aktiviti beli-belah adalah komponen terbesar perbelanjaan pelancong tempatan dengan sumbangan sebanyak 35.3 peratus.

Pelancong Malaysia membelanjakan RM33.5 bilion di luar negara pada tahun 2016, peningkatan sebanyak RM31.3 bilion pada tahun 2015, walaupun ringgit mengalami penyusutan pada tempoh berkenaan.

Kesemua angka ini bersamaan dengan peningkatan median pendapatan bulanan isi rumah sebanyak 6.2 peratus setahun daripada RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 pada tahun 2016 dan purata bulanan perbelanjaan isi rumah melonjak sebanyak 5.9 peratus setahun daripada RM3,578 pada tahun 2014 kepada RM4,033 pada tahun 2016 seperti dilaporkan dalam Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Keluarga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk peningkatan pendapatan dan kuasa beli yang menggalakkan penggunaan swasta. Malah, penggunaan swasta terus menjadi penyumbang kepada ekonomi Malaysia iaitu sebanyak 53.2 peratus atau RM589.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Prestasi ekonomi dan keadaan negara serta rakyatnya tidak boleh diukur melalui hanya satu sub-sektor seperti industri pasar raya besar sahaja.

Walaupun KDNK mempunyai batasannya dan mungkin bukan petunjuk tepat terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, ia seolah berkait rapat dengan ukuran kualitatif yang lebih besar terhadap kemakmuran. “Apabila KDNK berkembang, lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, pendapatan isi rumah meningkat dan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja.

Secara langsung dan tidak langsung, Rahman Dahlan menjelaskan bahawa dakwaan Mydin sememangnya mengarut. Kegagalan Mydin tidak boleh dijadikan ukuran. Cuba tanya pada diri kita sendiri, adakah kita memilih Mydin sebagai tempat untuk membeli barangan keperluan rumah?

Rakyat Malaysia beruntung mempunyai banyak pilihan memandangkan kuasa membeli mereka semakin besar. Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus untuk memajukan negara demi kesenangan rakyat Malaysia.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*