Budak Perempuan Sebelas Tahun Lahirkan Bayi Bersama Abang Kandungnya

Share This:

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang melahirkan bayi lelaki, dengan abang kandungnya yang berusia 14 tahun
disiasat oleh polis, dipercayai budak lelaki terbabit bapa kepada anaknya itu.

Menurut sumber mengatakan, kanak-kanak perempuan itu merupakan pendatang dari Bolivia dan telah melahirkan bayinya di sebuah hospital di Murcia di Sepanyol.

Sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, laporan polis telah dibuat bagi mengesan identiti bapa kepada bayi terbabit.

Siasatan yang dijalankan mendapati bahawa abang sulungnya telah menghamilkan kanak-kanak itu.

Sumber juga memberitahu bahawa budak lelaki itu berusia 13 tahun ketika adiknya mengandung. Ujian DNA akan diadakan bagi mengesahkan bapa sebenar bayi itu.

Sementara media tempatan melaporkan hubungan seks antara dua beradik itu dilakukan bukan atas persetujuan bersama.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kesihatan menyifatkan kes itu sebagai kes luar biasa.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*