Bahan Kimia Kentang McDonal’s Dikatakan Ubat Rawat Masalah Kepala Botak

Share This:

Mengejutkan!! Para saintis Jepun mungkin telah menemukan ubat untuk merawat masalah botak dan ia berada dalam bahan kimia yang digunakan untuk membuat kentang goreng McDonald’s.

Menurut sumber mengatakan, pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan kaedah “mudah” untuk menumbuhkan semula rambut seekor tikus dengan menggunakan dimethylpolysiloxane.

Bahan kimia itu adalah sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Ujian awal menunjukkan bahawa kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia.

Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu, penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini.

HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’.

Dalam masa beberapa hari, Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang yang telah dipindahkan ke atas tikus tersebut.

Menurut Fukuda, kaedah tersebut begitu sangat kuat dan meyakinkan.Mereka berharap ia boleh membantu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia seperti masalah alopecia.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*