UM Memasuki Tangga 50 Teratas Universiti Terbaik Asia

Share This:

PETALING JAYA: Universiti tertua Malaysia, Universiti Malaya (UM), telah naik ke tempat ke-46 dalam senarai kedudukan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2018.

Ini adalah kedudukannya yang tertinggi dalam indeks itu setakat ini, naik 13 tempat dari kedudukannya pada tahun lalu iaitu di tangga ke-59, dan kali pertama ia berjaya memasuki senarai 50 teratas.

Menurut THE, universiti-universiti dinilai berdasarkan semua misi utama mereka – pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan pandangan antarabangsa.

National University of Singapore (NUS) Singapura menduduki tempat teratas untuk tahun ketiga berturut-turut, diikuti oleh Tsinghua University dan Peking University di China.

Indeks tahun ini termasuk lebih 350 institusi, meningkat daripada 300 tahun lepas.

Universiti-universiti ini datang dari 25 buah negara dan wilayah di Asia.

Selain itu, universiti-universiti lain di Malaysia yang turut tersenarai dalam indeks tersebut termasuklah Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), yang mana kedudukannya pada tangga ke-99 meletakkannya dalam senarai 100 teratas buat kali pertama.

Sementara itu, kedudukan Universiti Teknologi Petronas naik dari kumpulan 141-150 tahun lalu kepada kedudukan bersama pada tangga ke-114 tahun ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) juga berjaya memasuki senarai 350 universiti terbaik di Asia.

Tulisan asal oleh:
Free Malaysia Today,7 Februari 2018

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*