Tayar Celup: Kemungkinan Ada Proses ‘Kawtim’ Di Puspakom

Share This:

Kes melibatkan tayar celup dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan.

Memetik laporan Astro Awani, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan ada pengusaha atau pemandu kenderaan berat yang memanipulasi proses pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), terutama melibatkan tayar celup.

Malah, Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman juga mengesyaki berlaku proses ‘selesai’ atau ‘kawtim’.

“Kenderaan berat akan menjalani pemeriksaan di Puspakom sekali dalam tempoh enam bulan, ini mandatori.

“Berkemungkinan juga dia (pemandu kenderaan berat) menggunakan tayar asli sewaktu pemeriksaan, dan selepas lulus, mereka akan tukar tayar lain.

“Mungkin juga ada antara mereka ke sana (Puspakom) dengan tayar celup, tetapi istilah ‘kawtim’ ini mungkin juga berlaku. Saya tak mahu tuduh mana-mana pihak. Tapi kemungkinan itu ada,”katanya.

Katanya lagi, tidak salah menggunakan tayar celup, tetapi penggunaan tayar celup yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.

“Terdapat dua jenis tayar celup yang digunakan, iaitu cross-ply dan radial.

“Tayar cross-ply merupakan tayar yang telah lama digunakan secara meluas sejak 1980-an oleh industri pengangkutan darat, terutamanya melibatkan kenderaan berat, kerana ia lebih kukuh dan tahan lasak berbanding tayar jenis radial.

“Namun, tayar jenis cross-ply lebih cepat menjadi panas berbanding dengan tayar jenis radial,”katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap status penggunaan tayar celup di negara ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*