#PRU14 : NGO Pro BN Dakwa Malaysia Akan Huru-Hara Jika Pakatan Menang

Share This:

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mesra Barisan Nasional (BN) hari ini menghangatkan suasana dengan mendakwa negara ini akan jadi huru-hara sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU14 akan datang.

Menurut Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan, Malaysia akan jadi sama seperti negara Timur Tengah yang bergolak sampai hari ini selepas campur tangan asing sehingga menyebabkan peperangan dan rusuhan besar.

“Malaysia akan menjadi huru-hara macam Iraq, Libya dan Mesir jika Pakatan Harapan tawan Putrajaya,” kata Ramesh.

Menurut beliau, ini adalah kerana rakyat yang bosan dengan drama politik pemimpin Pakatan dan penindasan akan memberontak kerana pemimpin sibuk bertelagah sesama sendiri soal kuasa dan pentadbiran tanpa membuat perancangan untuk kepentingan masa depan negara.

Ramesh menganggap banyak bukti yang ada menunjukkan PH akan tetap berkonflik walaupun sudah menang kerana mereka tidak pernah puas hati selagi tidak mendapat apa yang mereka hajatkan.

“Bukti mereka akan huru-hara ialah mereka tiada persefahaman sesama sendiri, isu agihan kerusi pun tak mampu diselesaikan, perjuangan yang utamakan anak beranak dan mengamalkan pendekatan memihak kepada kroni,” katanya.

Beliau berkata rakyat akan mula berasa muak dengan pendekatan baru pakatan nanti yang banyak mengamalkan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sehingga menjadi marah untuk mula memberontak.

Rakyat dan pengundi tidak ada sebab untuk mengundi PH kerana mereka sudah gagal sebelum PRU14 dan sudah gagal di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Ramesh yakin Barisan Nasional (BN) akan terus konsisten dan komited membangunkan negara betul-betul berasaskan kemahuan rakyat dan bukannya mementingkan kepuasan politik diri sendiri.

“Tolak Pakatan Harapan, yakini Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Dalam sejarah Ramesh menglibatkan diri dalam bidang politik, Ramesh berkata gandingan Najib dan Zahid adalah gandingan terbaik dan sempurna pernah disaksikan setakat ini diukur daripada pentadbiran cekap serta kemajuan pembangunan yang dicapai negara setakat ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*