Pembangkang Hidup Dengan Buat Cerita Palsu, Sudah Tandus Cerita Kebaikan

Share This:

Politik kumpulan pembangkang sepatutnya membangkang apa yang dilakukan kerajaan dengan baik serta memberi cadangan untuk membaik pulih sesuatu langkah untuk kebaikan negara. Kalau berpolitik tapi suka buat fitnah dan cerita bohong itu bukan pembangkang tapi perosak.

Blok pembangkang di negara ini berpolitik menjurus kepada cara kumpulan perosak dan bukannya gaya mereka yang mengutamakan kepentingan negara. Sejak dari awal, pembangkang di Malaysia suka buat cerita fitnah dan menyerang pemimpin negara dengan pelbagai tohmahan.

Pembangkang sekarang ini yang bergerak bawah nama Pakatan Harapan (PH) paling teruk hidup dengan cerita palsu. Mereka gunakan portal internet untuk menipu serta mengupah media asing untuk mensensasikan berita palsu untuk kepentingan mereka.

Sebelum ini, mereka guna Clare Rewcastle Brown dan Sarawak Report (SR) reka cerita tentang 1MDB dan tuduh kata wang sudah diambil dari syarikat pelaburan negara tanpa kebenaran. Pemimpin DAP, PKR, PAN dan PPBM kemudian guna cerita itu sebarkan lagi sebagai fitnah.

Wang derma RM2.6 bilion dari Arab Saudi mereka kata wang curi, wang RM42 bilion yang tidak hilang mereka kata hilang, projek yang beri manfaat kepada rakyat dengan kerjasama dengan negara luar, mereka kata pemimpin negara gadai kedaulatan.

PH yang diketuai oleh Pengerusinya, Mahathir Mohamad dalam politik merea setiap hari bercakap memberikan berita palsu.

Oleh sebab itu, pada 28 Januari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan kaji untuk gubal undang-undang menghalang penularan berita palsu kerana kesannya adalah buruk kepada proses demokrasi di negara ini.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Bukan kita mahu kawal internet. Internet masih bebas tetapi mesti ada unsur tanggungjawab.

“Malah, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa setiap kali pilihan raya dengan pelbagai penyebaran berita palsu.

“Sebelum ini, kita difitnah dengan berita membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali,” kata Najib.

Tidak lama lagi perbuatan PH dan pihak tertentu buat berita palsu akan dihalang susulan undang-undang baru itu akan cuba dibentangkan oleh kerajaan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen bulan depan. Minggu ini akan diadakan mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas merangka akta itu akan diadakan.

Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dulu pernah reka cerita bahawa ada agensi kerajaan bawa masuk 40,000 pengundi yang meragukan dan didakwa dari Bangladesh.

Sehingga hari ini, Anwar tidak menerima apa-apa hukuman pun kerana mengeluarkan berita itu sebaliknya, BN yang terjejas ekoran keputusan pilihan raya ada yang tidak memihak kepada mereka kerana berita palsu itu.

Keadaan pada hari mengundi juga jadi huru hara kerana mereka yang benar-benar rakyat Malaysia tapi mempunyai riak wajah seakan-akan warga Bangladesh telah diserang oleh pengundi yang menyangka mereka adalah pengundi hantu.

Pakatan tidak ada program kebaikan untuk rakyat mahupun pembangunan sebab itu mereka buat cerita bohong untuk isi kekosongan jadual politik mereka. Hari-hari buat cerita fitnah untuk jatuhkan kerajaan.

Mahathir juga biabab buat berita palsu dengan mendakwa orang keturunan Bugis adalah lanun dan kaki perompak. Sampai ke hari ini, Mahathir tidak dikenakan apa-apa tindakan pun. Mereka hidup dengan menindas, menipu serta mempergunakan rakyat setiap hari padahal Pakatan sedang menipu diri mereka sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*