Parti PKR Dan Penjara Berpisah Tiada

Share This:

Parti PKR hari ini mencatat sejarah apabila ada dua pemimpin mereka secara bergilir-gilir akan dipenjarakan gara-gara kesalahan jenayah yang mereka lakukan sendiri. Boleh dikatakan PKR dan penjara memang tidak boleh dipisahkan.

Sejak 10 Februari 2015, bekas Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sehingga hari ini sedang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat bekas Pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar akan dibebaskan pada Jun nanti dan selepas itu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula akan ambil alih selepas dihukum penjara atas dua kesalahan. Sebelum ini di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dia dihukum penjara selama 18 bulan kerana mendedahkan dokumen rahsia Ketua Audit Negara berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hari ini, Rafizi yang juga Ahli Parlimen PKR-Pandan dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan pula oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana kesalahan atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC) pada 2012.

Hakim Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas kerani bank Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengan Mohd Rafizi, 41, bagi mendedahkan dokumen penyata baki akaun NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Zamri memutuskan demikian dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua tertuduh.

Ketika kes Rafizi dan Anwar sedang dipenjarakan, seorang lagi pemimpin PKR juga dipenjara iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang dipenjarakan di Penjara Kajang atas kesalahan menceroboh Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur pada tahun 2012.

Pada 1 Disember 2016, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana kesalahan tidak mematuhi Perintah Kawasan Larangan pada tahun berkenaan.

Pada 23 Januari 2014, Mahkamah Sesyen memutuskan Tian Chua bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tian Chua didakwa tidak mematuhi arahan pegawai polis supaya beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Bergilir-gilir pemimpin PKR masuk ke dalam penjara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*