Nik Nazmi Jangan Sibuklah Bab KR1M, Selesaikan Dahulu Masalah Rakyat Di Selangor

Share This:

RAKYAT Selangor amat jelas bahawa kerajaan Pakatan Harapan gagal menjalankan pentadbiran di negeri tersebut. Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup. Satu persatu salahlaku yang berlaku dalam kerajaan pakatan di Selangor muncul. Malah kebanyakkannya salahlaku tersebut dikatakan melibatkan menteri besar Azmin Ali sendiri.

Majoriti janji pilihan raya pakatan di Selangor gagal ditunaikan. Negeri mengalami defisit hampir mencecah satu bilion ringgit. Sebuah negeri yang paling kaya di Malaysia kini hampir muflis. Masalah air, aedes, rumah urut, banjir dan lain-lain lagi masih gagal diselesaikan.

Namun ketua Pemuda Pakatan Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad ada hati mengkritik Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Tahukah Nik Nazmi bahawa segala janji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia dalam PRU13 yang lalu telah berjaya ditunaikan hampir 97%?

Sepatutnya Nik Nazmi malu “menyentuh” projek khas kerajaan Barisan Nasional yang dibuat untuk rakyat memandangkan peratus kejayaan adalah hampir 100% sedangkan kerajaan pakatan di selangor penuh dengan rekod kegagalan melaksanakan manifesto pilihan raya yang lalu.

Dakwaan kononnya KR1M merupakan projek yang gagal merupakan satu tuduhan liar semata-mata. Kerajaan mengorak langkah lagi dengan menambah skop projek tersebut kepada KR1M 2.0 bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat. Sekaligus perkara ini dapat menjana ekonomi negara dan membantu memberikan peluang pekerjaan yang lebih besar.

Sebanyak 50 barangan keperluan harian pelbagai jenama dijual lebih murah di rangkaian pasar raya seluruh negara yang menjadi rakan kongsi kepada KR1M 2.0. Sebanyak 51 outlet KR1M 2.0 akan beroperasi di seluruh negara mulai bulan ini.

KR1M 2.0 sasar membuka 300 outlet di rangkaian pasar raya di seluruh negara yang akan dipilih oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) sehingga hujung tahun ini manakala sasaran 3,000 outlet bagi tempoh tiga tahun akan datang.

KR1M 2.0 adalah penjenamaan semula daripada program KR1M yang diperkenalkan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011. Dalam KR1M 2.0 kerajaan melalui KPDNKK memperkenalkan model baharu yang lebih terbuka, berdaya saing dan beri peluang lebih ramai peniaga runcit menyertai KR1M 2.0

Model baharunya berkonsepkan kepada tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar; operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaan bersama.

KR1M 2.0 tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran. Inisiatif kerajaan ini akan memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Pakatan harapan diketuai DAP bagaikan tong kosong yang hanya tahu mengkritik dan menghasut rakyat sedangkan mereka gagal mentadbir Selangor dan Pulau Pinang. Nasihat ikhlas dari kami, Nik Nazmi jangan sibuklah Bab KR1M. Sepatutnya anda selesaikan dahulu masalah rakyat Di Selangor.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*