Ngeri, Wanita Nyaris Lemas Dalam Lautan Bola

Share This:

Siapa sangka dalam lautan bola yang sering menjadi kawasan mainan kanak-kanak menyebabkan seorang wanita hampir kelemasan dan menjadi satu pengalaman menakutkan. 


Memetik laporan Astro Awani, seorang wanita mengalami satu pengalaman mengerikan selepas terperangkap dalam lautan bola di City Square Mall di Singapura yang baru sahaja dibuka pada 3 Februari lalu.


Vivien Low dan John Low memuat naik video mereka di Facebook untuk berkongsi pengalaman menakutkan yang dikatakan sebagai ‘pengalaman buruk’.


Video tersebut turut memaparkan kejadian Vivien yang tenggelam sepenuhnya di dalam lambakan bola sambil terkapai-kapai meminta bantuan.



“Tidak lama bermain, saya hilang keseimbangan dalam kawah bola itu dan jatuh kebelakang. Saya tidak dapat mencecah dasar  dan tidak dapat berdiri.  Saya cuba untuk berguling juga tidak boleh. Saya cuba mencari jaring untuk berpegang juga tidak boleh,” tulis Vivien di Facebook.


Namun, nasib menyebelahinya apabila Vivien dapat mencapai tangan seseorang untuk kembali seimbang dan berdiri.


Kini video tersebut tular di media sosial Facebook hingga mencapai lebih 5,000 kali perkongsian dan ditonton lebih 300,000 kali.



Airzone dalam sebuah komen di video tersebut telah memberi kata maaf dan akan menaik taraf tahap keselamatan para pengguna di kawah bola tersebut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*