Mukhriz Tidak Lebih Dari Sekadar “Puppet” Dalam Pakatan Harapan

Share This:

Kebelakangan ini, ramai yang mengandaikan bahawa, apa yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir kini, akan memberi keuntungan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Ramai yang beranggapan, Mahathir sedang membuka laluan untuk anaknya menggapai impian untuk menjadi Perdana Menteridengan menggunakan laluan pembangkang.

Namun begitu, jika kita menilai semula perjalanan politik Mukhriz, dia sebenarnya tidak lebih dari sekadar “puppet” ciptaan Mahathir atau lebih senang digelarkan sebagai calon Perdana Menteri remote control. Manakan tidak, dia langsung tidak mampu untuk bergerak sendiri dalam menacari pengaruh melainkan dengan bantuan ayahnya.

Lihat sahaja bagaimana dia berjaya menjadi Menteri Besar Kedah satu ketika dahulu. Jika tidak kerana pengaruh ayahnya yang sedaya upaya melobi Datuk Seri Mohd najib Tun Abdul Razak, mana mungkin Mukhriz mampu menjadi Menteri Besar Kedah kerana pada ketika itu, Datuk Seri Ahmad Badshah lah antar aindividu yang bertanggungjawab menggerakkan kerja bagi menumbangkan PAS.

Dalam UMNO pula, dua kali dia mencuba nasib untuk menjadi salah seorang ahli kepimpinan tertinggi parti. Dia pernah cuba mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Dia juga pernah mencuba nasib untuk menjadi Naib Presiden UMNO dan kedua-dua percubaannya menemui kegagalan walaupun ayahny adalah bekas Presiden UMNO.

Di dalam PPBM pula, jawatan yang dia sandang sebagai Timbalan Presiden pula adalah hasil lantikan dan pencalonan dari bapanya sendiri, bukan melalui pemilihan biasa. Justeru, timbul persoalan, adakah layak buat seorang yang bukan baru sekali gagal malah sudah berkali-kali, mahu dicalonkan sebagai Perdana Menteri pilihan Mahathir?

Dari segi kredibiliti, Mukhriz langsung tidak mempunyai kelayakannya yang tersendiri walaupun mempunyai latar belakang sebagai bekas Menteri Besar. Sudah tentu, ramai dikalangan pemimpin di dalam Pakatan Harapan akan menjatuhkannya disebabkan kekurangan kredibiliti untuk di julang sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan.

Malah, lebih melucukan apabila Mahathir lebih berminat untuk membela anak angkatnya, Datuk Seri Azmin Ali dari melindungi anaknya sendiri dari sebarang ancaman politik. Disinilah timbulnya andaian bahawa Muhkriz tidak lebih dari sekadar “puppet” Mahathir dan dia hanya mampu bergerak sekiranya disuruh sendiri oleh Mahathir.

Jika tidak, ada kemungkinan, Mukhriz lebih suka menghabiskan masa dengan keluarganya di luar negara dari sibuk memikirkan masalah rakyat seperti mana yang dia lakukan terhadap rakyat Kedah sepanjang beberapa tahun dia menjadi Menteri Besar Kedah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*