Melayu DAP Bersetuju JAKIM Mesti Dihapuskan

Share This:

 “Itu (sama ada Jakim diperlukan lagi) terpulang kepada kita kalau kita jadi kerajaanlah, nothing is permanent (tiada yang kekal).”

Ayat diatas dikeluarkan oleh seorang bekas Perdana Menteri yang mana dahulu masa pemerintahannya  selama 22 tahun hanya berpura pura menobatkan Islam di Malaysia hanya kerana menjaga hati orang Melayu sahaja. Jawapan Mahathir mengenai usaha menghapuskan Jakim itu menarik minat pemerhati politik yang mula mempersoalkan nasib umat Islam jika Pakatan Harapan memerintah negara ini.

Seharusnya sebagai orang Islam di Malaysia, kewujudan Jakim tidak patut dipersoalkan kerana ia berperanan menyelaras hal ehwal agama Islam dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.

Jakim ditubuhkan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang juga mendapat perkenan Majlis Raja-Raja dan berfungsi sebagai benteng bagi menangani sebarang agenda menggugat kedudukan Islam di negara ini.

DAP sejak penubuhannya tidak pernah sama sekali mengiktiraf Malaysia ini adalah sebuah Negara Islam dan  beranggapan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara sekular. Untuk membuktikan agenda perjuangan tersebut maka agenda Malaysian Malaysia dilaungkan untuk rakyat Malaysia,

Para pemimpin DAP  serta NGO NGO yang menyokong mereka dalam kepelbagaian cara terus “mengusik” Islam dan mempertikaikan segala  bentuk perbuatan atau amalan dalam agama yang dikatakan bercanggah dalam amalan hak asasi manusia.

Pemimpin serta NGO NGO  politik ini seolah-olah sedang giat berusaha untuk memansuhkan agensi-agensi Islam pada peringkat Persekutuan. Terlalu banyak perkara yang dilakukan  sehingga tuntutan demi tuntutan dilakukan terhadap Islam.

Kerajaan  dibawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak sudah berkali kali menegaskan agar kedudukan Islam dalam Negara ini jangan dijadikan bahan politik serta  seharusnya  dihormati sebagai tanda toleransi hidup berbilang kaum.

Dalam hal itu,  Perdana Menteri juga menyatakan dengan jelas dalam ucapan beliau semalam, pada perenggan 222, bahawa Malaysia adalah “negara Islam (yang progresif dan dinamik)”. Dan sebagaimana kita ketahui agama  dan kepercayaan kaum lain juga boleh diamalkan.

Kesungguhan DAP serta pemimpin mereka mahukan JAKIM atau apa sahaja yang berkaitan Islam dihapuskan , ianya dapat dilihat dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera kepada Malay Mail Online.

Ahli Parlimen itu mempersoalkan kewujudan JAKIM dan membuat dakwaan bahawa kewujudan JAKIM bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kerana negara tidak sepatutnya mencampuri urusan agama.

Jika dahulu DAP tidak berani menyuarakan pandangan atau mengkritik  Islam dalam perjalanan politik mereka. Tetapi setelah mereka berjaya memerangkap dan  menjerut beberapa orang pemimpin bangsa Melayu serta penyokongnya. Disinilah  kekuatan baru dalam  usaha DAP yang mahukan agenda Malaysian Malaysia dilaksanakan di negara kita dengan menggunakan Melayu untuk membakar apa yang ada ditangan Melayu termasuk anutannya.

DAP kini telah boleh menggunakan Ahli Parlimen beragama Islam untuk mengetengahkan agenda anti-Islamnya dan ini disokong oleh kepimpinan tertinggi parti, Sekarang kerja DAP bertambah mudah apabila  Mahathir sudah berada dalam gengaman mereka.

Sekarang semua tuntutan yang dilakukan itu bukan  dari mulut DAP tetapi dari jari dan mulut manusia yang berbangsa Melayu “dikatakan” Islam. Pakatan Harapan pertama mempersoalkan kewujudan Jakim adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan diikuti Ahli G25, Tawfik Tun. Dr. Ismail yang mencadangkan Jakim dihapuskan.

Dan Kini Mahathir seakan membayangkan jika Pakatan memerintah Negara ini, mereka boleh lakukan apa sahaja termasuk menghapuskan Jakim yang mengawal selia pergerakan Islam dalam  Negara ini.Kenyataan ini sudah terang lagi bersuluh dan tidak dapat dinafikan lagi.

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tariq Ismail. Selepas itu baru cadangan penghapusan Jakim disahut individu lain seperti aktivis hak asasi termasuk bekas Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Hassan dan peguam Siti Zabedah Kasim

Propaganda yang diamalkan oleh DAP adalah amat jelas sekali di mana semua sedia maklum bahawa DAP adalah sebuah parti yang amat rasis dan tidak mementingkan kebajikan kaum lain dan amalan kleptokrasi itu adalah teras untuk berkuasa.

Pada satu sudut yang lain pula, DAP mempunyai agenda untuk meliberalkan minda rakyat Malaysia dengan merekrut anak-anak Muda seperti Dyana Sofea dan lain-lain bagi memudahkan mereka mencapai hasrat Malaysian Malaysia yang telah sekian lama diagendakan.

Parti rasis dan cauvinis ini juga menunjukkan sikap tidak matang berpolitik kerana sanggup menutup amalan salah guna dana awam dan rasuah sama seperti perangai kebanyakan pemimpin DAP dan juga pelbagai Skandal Mega yang disembunyikan.

Ini jelas DAP adalah parti yang berlandaskan kepada fahaman komunisme, dan apa yang mereka perjuangkan adalah keadilan, kesaksamaan dan kebajikan hanya untuk bangsa mereka sahaja. Perkara ini dapat kita lihat dengan jelas bagaimana penindasan DAP terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang. Oleh kerana itu nyata bahawa DAP memihak kepada satu kaum sahaja iaitu Cina Cauvanis

Hal ini akan memudahkan lagi DAP untuk meneruskan agenda yang telah dilafazkan 52 tahun yang lepas untuk merobohkan kekuatan bentang ketuanan Melayu yang kini sedang diperjuangkan oleh orang melayu yang berada didalam Pakatan untuk diletupkan dan dirobohkan.

Keruntuhan  Kota Melaka denga kekuatan pertahanan yang hebat  satu ketika dahulu berjaya dirobohkan apabila pihak Portugis menggunakan orang Melayu sendiri sebagai pembuka pintu kota dan membuka laluan dan kekuatan pertahanan kepada pihak musuh.

Sekarang ini sedang dilakukan. Kelemahan dan kekuatan Barisan Nasional sedang dibuka oleh tangan tangan Melayu yang telah bersilang pandangan  dan mengharapkan agar UMNO serta ketuanan Melayu dapat dirobohkan dan mengwujudkan satu gelombang kebangkitan yang bertuankan DAP.

Justeru itu , Pada PRU akan datang orang Melayu seharusnya  bersatu demi bangsa Melayu demi survival bangsa  untuk generasi akan datang dan terus meletakkan sokongan kepada UMNO serta kerajaan Barisan Nasional sebagai wadah pemerintahan dalam Negara ini.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*