Mahathir Perlukan Masa Dua Tahun Untuk jadikan Mukhriz PM?

Share This:

BUKAN lagi rahsia bahawa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) mempunyai agenda politik peribadi. Perkara tersebut dikatakan mendorong beliau bekerjasama dengan orang yang beliau paling benci iaitu Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Namun beliau pejamkan mata demi beberapa kepentingan peribadi. Menurut sumber, Mahathir mempunyai aset bernilai berbilion ringgit yang disimpan di luar negara atas nama proksi, penama, kroni dan sebagainya.

Selagi Mahathir atau Mukhriz tidak menjadi perdana menteri Malaysia maka keluarga beliau dikatakan akan kehilangan harta kekayaan bernilai berbilion ringgit tersebut.

Kini calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan diketuai DAP itu memberitahu bahawa beliau memerlukan dua tahun untuk beliau “menyelesaikan masalah yang ditinggalkan” Datuk Seri Najib Razak.

Seluruh dunia tahu bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih cekap dan berwibawa daripada cara pemerintahan kuku besi Mahathir. Datuk Seri najib berjaya meletakkan ekonomi negara antara yang paling stabil dalam dunia. Rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesenangan dalam keadaan aman tenteram.

Oleh itu, masa dua tahun yang diperlukan Mahathir tersebut dilihat bertujuan untuk merealisasikan agenda politik peribadi beliau. Menurut sumber, antara agenda peribadi Mahathir yang utama adalah menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri dan membawa pulang harta karun Mahathir yang bernilai hampir 100 bilion ringgit di luar negara yang dibawah jagaan penama, proksi dan kroni beliau.

Rakyat Malaysia juga tahu bahawa Mahathir tidak layak menjadi perdana menteri. Selain daripada umur beliau yang hampir mencecah 100 tahun, Mahathir juga dikatakan turut terlibat dalam skandal Forex Bank Negara Malaysia (BNM)yang pernah mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) melalui kegiatan perdagangan mata wang. Kegiatan ini dipercayai berlaku sepanjang 1991 hingga 1993 ketika era pentadbirannya.

Malah beliau juga dikaitkan dengan kerugian besar PERWAJA, skandal Bank Bumiputera, skandal MAS dan lain-lain lagi. Tidak mungkin rakyat Malaysia mahu terus melihat Mahathir menjahanamkan negara kita lagi.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*